Friday, 5 July 2019

Pengalaman Kelahiran Anak Ke-4 : Uri Terlekat

Assalamualaikum semua...

Ya Allah, dah lama sangat tak update blog ni ye. Bersawang dah ni haaaaa. 

Okay untuk entri kali ni nak share dulu pengalaman bersalinkan anak nombor 4 haritu. Seperti biasa, setiap kali mengandung saya akan mengamalkan set hamil shaklee. Alhamdulillah, set hamil ni saya amalkan sejak anak nombor 2 lagi. Semua result sangat cun. Bacaan HB cantik,tak pernah drop, urine cantik. Syukur. Semua result ni cantik sejak awal kehamilan sehingga akhir kehamilan.

So,if ada bakal ibu yang nak try set ni boleh saja order terus melalui saya. Semua ni dah lengkap untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. BTW, saya tidak ambil vitamin dari klinik . Saya hanya amalkan vitamin shaklee saja 100%.



Okay, jom masuk cerita bab pengalaman bersalinkan anak nombor empat ni. Cukup check up pada 40 minggu, doktor dah pesan kalau baby tak aktif terus pergi emergancy sebab dah cukup tempoh. 

Jadi,pada 40 minggu 1 hari tu, saya ajak suami pergi pusing taman rekreasi dengan tujuan cepat bersalin. Kalau boleh taknak kena serah diri kat Hospital, boring tau kalau kena admit ward lelama. 
Balik dari tanam rekreasi tu, saya dapati baby kurang aktif. Terus cuak. Kebetulan hari tu pada hari jumaat. Tunggu suami balik solat jumaat,lepas makan lunch terus bersiap dan pergi ke emergancy.


Bila siap daftar semua, terus masuk ke LR untuk cek CTG. Bila cek CTG semua elok. HAHAHHA. Baby saja je bagi mak ayah dia cuak. Bila semua ok, saya mencuba nasib untuk mintak balik rumah, malangnya dah tak dapat nak balik. Jadi, kena lah stay dalam wad. Sob, sob, sob. 

Lepas tu doktor buat scan untuk cek air ketuban, berat baby . Alhamdulillah semua sangat ok. Then,doktor cakap "okay, esok mama balik dengan baby ye. Saya tolong buka kan jalan". Terus 3cm time tu. 


Keesokan hari tu, dalam pukul 8 pagi dah start contraction. Fuh, ni baru betul-betul rasa nak bersalin. Dia punya tangkap pinggang sampai tak boleh bawak bincang. Tapi, dalam masa duk menahan contraction ni terus zikir dan fikir benda best-best je. Bila fikiran kita positif, semua hak mai pun positif.

Doktor yang ronda wad pagi tu dah tengok muka saya lain macam, so dia ajak buat VE nak tengok bukaan dah berapa. Bila cek,dah 6 cm terus doktor cakap "mama prepare ye, bawak kain sarong dan set baby untuk kita masuk LR".

Jadi, sebelum masuk ke LR saya ambil ostematrix untuk bantu mengurangkan sakit pinggang dan mempercepatkan bukaan, ambil ESP dan kurma untuk energy. HAHHAHAA. Perlu energy untuk push baby.



Masuk LR jam 10 pagi, contraction makin kuat, ada doktor pelatih cina tolong gosok pinggang. HAHAHHA. Suami saya memang tak masuk dalam LR tu sebab dia mabuk darah. 

Jam 11 pagi terus start push. Cubaan beberapa kali keluarlah anak nombor 4 jam 11.25 pagi. Fuh! Lap peluh, macam baru langsaikan hutang HAHAHA. 

Ni la anak ke-4. Nama di berikan Ajwad Nihreer yang bermaksud Yang Lebih Bagus Yang Mahir seberat 3.98 kg secara normal.





Dah selesai baby keluar masalah uri lekat pulak. Aduuduuuu. Tak pernah terjadi kes uri lekat sebelum ni. 3 orang doktor bantu untuk keluarkan uri. Sakit terseksa tu tak payah cerita. Imagines baru lepas bergadai nyawa nak bagi baby keluar, alih-alih ada masalah uri lekat pulak. 

Doktor tekan perut untuk bantu uri turun ke bawah, kemudian ada doktor india datang seluk pulak. Kalau tak silap uri tak boleh berada dalam badan kita melebihi 30 minit. Fuh! Bersalin ni memang bergadai nyawa ye. Para suami wajib menghargai para isteri . Huuuuhuuu.

Tak sampai 30 minit semua selesai. Syukur alhamdulillah. 



Orang cakap,bila kes uri terlekat ni,kelahiran seterusnya juga berisiko sebab dah ada parut di dalam tubuh. Aduhai. Seram pulak bunyinya. HAHAHA. 

Seperti biasa, bila masuk wad terus ambil set berpantang shaklee. Semua vitamin ni lengkap untuk bantu luka bersalin cepat sembuh, bantu bagi energy, tidak sembelit. 

shaklee bachok

Saya sangat rekomen untuk mereka yang bakal berpantang cuba vitamin ni. Harga sangat mampu milik dan jimat. Saya juga akan suggest ikut keperluan tubuh korang. So,kita boleh sembang tepi pasal suplemen shaklee.


JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam 
  • Selamat
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan sejak lebih 50 tahun lalu dan kini masih teguh berpegang kepadanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

MENGAPA SAYA?
Saya ialah Kaknira merupakan pengedar Shaklee yang jujur,amanah dan mementingkan kesihatan anda. Hubungi kaknira supaya dapat bantu anda dan keluarga lebih sihat. Jadual pengambilan vitamin juga akan disediakan khas kepada anda dan keluarga. Konsultasi istimewa juga akan disediakan.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke Seluruh dunia samaada menggunakan khidmat Poslaju,Gdex,Citylink,Skynet dan lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank dan juga Cimb.

KAWASAN COD
Beris Kubor Besar, Sekitar Bachok, Jelawat, Gunong, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Kota Bharu.

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dan menikmati bonus tunai dan lain-lain? Jom sertai team kami, #ThePrestigesGroup (TPG) yang mempunyai ahli aktif,kelas online percuma dengan masa yang fleksibal.


Jika berminat untuk pembelian atau pertanyaan boleh contact kaknira seperti detail di bawah.


Continue Reading