Sunday, 20 January 2019

PART 1 : BARANG KEPERLUAN BAYI KE HOSPITAL

Pejam celik,pejam celik dah tinggal 79 hari saja lagi kaknira bakal bersalin anak keempat. Rasa nervous tetap ada walaupun dah banyak kali push anak. Huhuhu. 

Biasalah,setiap proses meneran tu berbeza tiap orang anak and walau apa pun didoakan semoga dipermudahkan segala urusan nanti.

Okay korang, untuk entri kali ni kaknira nak buat checklist keperluan barang baby untuk bawa ke Hospital. Soon,kaknira akan share pulak untuk barang keperluan ibu. Semoga entri ni bermanfaat untuk bakal ibu yang nak bersalin nanti. Hiks!


1. Barang Bayi

Kaknira suka pack sesiap supaya mudah nak capai dan ia sekaligus memudahkan kerja orang yang jaga kita. Lagi satu ia bantu supaya beg kita tak bersepah-sepah. Hahaha. Ziplock ni kaknira beli kat Multiplastic (Lokasi berhadapan bangunan AEON MALL KOTA BHARU). If korang nak beli kat Daiso pun boleh. 

Setiap ziplock ni, kaknira akan letak 
- LABOUR ROOM = Baju lengan pendek dan seluar pendek jenis butang, set sarung kaki dan tangan, kain bedung dan pampers.

- WAD WAKTU MALAM = Baju lengan pendek dan seluar panjang jenis butang, set sarung kaki dan tangan, pampers. Bedung cycle je hak mana ada. 

- WAD WAKTU SIANG = Baju lengan pendek dan seluar pendek jenis butang, set sarung kaki dan tangan, pampers.

- BALIK RUMAH = Baju lengan pendek dan seluar pendek jenis butang, set sarung kaki dan tangan, pampers.

- Tuala dan Selimut.

Barangan Extra 

- Barut perut baby dalam 3 helai.
- Baju 2 pasang. (In case tak cukup,tinggal capai saja dalam ziplock)
- Pampers standby hak pek kecil. Biasa kaknira guna brand PETPET tapi tak beli lagi. Hehehe.
- Baby Care (Minyak Yuuyee, Losyen Herbal Blend)
- Baby Wipes.
- Botol Susu (wajib kosongkan breat walau anak direct breastfeed supaya elakkan saluran susu tersumbat dan susu penuh). 

Korang jangan risau,masih ada part 2 untuk barangan ibu. Harap sabar menunggu next entri. 


Kaknira, Shaklee Independant Distributor

Pengedar Aktif Shaklee

012-9827229

Klik Sini ; whatsapp


0 comments: