Sunday, 29 July 2018

PENYAKIT KAKI,TANGAN & MULUT

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:
i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
ii)Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
iii)
Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’.


CARA CEGAH PENYAKIT KAKI,TANGAN & MULUT 

1. ELAKKAN TEMPAT AWAM

Seelok-eloknya kurangkan ke tempat awam.

Jangan membawa anak yang sakit ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

2. KETAHUI TANDANYA

Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan mengetahui tanda-tanda penyakit ini.

Dengan itu,jika ada tanda-tanda awal,ibubapa perlu dapatkan rawatan doktor secepat yang mungkin.

Ia juga dapat bantu mengurangkan menular kepada kanak-kanak lain.


3. AMALKAN LANGKAH KEBERSIHAN DENGAN TELITI

Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas,selepas menukar lampin,dan selepas menyentuh/merawat lepoh dan semasa menuci najis kanak-kanak tersebut.

jemput klik link youtube hand sanitizer.


4. MENCUCI ALATAN & MAINAN


Membersihkan pada permainan anak dan lantai rumah terutama tandas.

5. CERMAT MELUPUSKAN NAJIS

Bungkus lampin pakai buang anak-anak dengan cara yang betul.

6. JANGAN BERKONGSI BARANG

Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.

Jika perlu,bekalkan anak dengan bekas makanan asing ke sekolah.

7. SARINGAN PIHAK SEKOLAH & PUSAT JAGAAN

PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT (HFMD) MENULAR DENGAN SANGAT CEPAT!

Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kurang dari 10 tahun terutamanya, di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika.
Oleh itu, pastikan anda sentiasa peka jika terdapat sebarang tanda pada anak anda.
Orang ramai boleh melaporkan kejadian kes HFMD di premis taska/tadika/sekolah ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Jangan lupa maklumkan juga kepada pihak tadika atau pusat jagaan sekiranya anak anda terkena penyakit tersebut.

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam 
  • Selamat
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan sejak lebih 50 tahun lalu dan kini masih teguh berpegang kepadanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya ialah Kaknira merupakan pengedar Shaklee yang jujur,amanah dan mementingkan kesihatan anda. Hubungi kaknira supaya dapat bantu anda dan keluarga lebih sihat. Jadual pengambilan vitamin juga akan disediakan khas kepada anda dan keluarga. Konsultasi istimewa juga akan disediakan.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke Seluruh dunia samaada menggunakan khidmat Poslaju,Gdex,Citylink,Skynet dan lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank dan juga Cimb.

KAWASAN COD
Bachok,Jelawat,Kubang Kerian,Pasir Tumbuh dan Sekitar Kota Bharu. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dan menikmati bonus tunai dan lain-lain? Jom sertai team kami, #ThePrestigesGroup (TPG) yang mempunyai ahli aktif,kelas online percuma dengan masa yang fleksibal.

Jika berminat untuk pembelian atau pertanyaan boleh contact kaknira seperti detail di bawah.

No. Handphone :012-982 7229 (klik link ni untuk terus whatsapp)










Post a Comment