Tuesday, 16 January 2018

TIPS MOMMIES NAK HADAP DRAMA ANAK TAKNAK KE SEKOLAH


Ya Rabbi. Dah masuk minggu kedua persekolahan, tapi harini Naufal berdrama tak nak ke sekolah. Tak pernah benda ni jadik! Tapi harini ia nyaaaaa berlaku.

Tadi lepas kaknira hantar ke sekolah, dia nanges-nanges nak ikut balik. Pelik. Selama ni okay je kot pergi sekolah. Tapi harini tiba-tiba menangis tak nak pergi sekolah.

Erm. Budak-budak. Mungkin dia ada tak selesa dengan sesuatu keadaan atau mungkin ada kawan-kawan yang mengusik. Sah! Bila kaknira selidik dia cakap ada kawan mengusik.

Alahai anak. Benda kecik je tu.

So kaknira nak share dengan mommies yang nak hadap situasi ni. Try prektiskan dan moga ia berjaya. Herherher.

1. Sebelum anak ke sekolah, kita sebagai ibu bapa cuba dedahkan serba sedikit suasana sekolah supaya emosi dia lebih stabil. Ceritakan suasana positif dan keseronokan disekolah. Contohnya ada ramai kawan, boleh main dengan kawan-kawan, ada guru yang baik, ada taman permainan dan lain-lain.

2. Hahhaa part ni ibu bapa kena cekal. Macam tadi Naufal nanges-nanges peluk kaknira nak balik rumah. Kaknira pujukkk cakap duk ja kat sekolah, nanti main ngan kawan-kawan. Kita kena cekal jugak untuk meninggalkan mereka.

3. Kena berfikiran positif dan elakkan menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ni akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan je anak walaupun dia menangis. Biasanya dia menangis sekejap saja dan serahkan pada cikgu untuk handle. Hihi.

4. Pastikan kita ambil anak tepat waktu. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

5. Beri ganjaran kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah memghantar anak ke sekolah secara konsisten.

6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

Semoga bermanfaat untuk semua! 

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam 
  • Selamat
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan sejak lebih 50 tahun lalu dan kini masih teguh berpegang kepadanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya ialah Kaknira merupakan pengedar Shaklee yang jujur,amanah dan mementingkan kesihatan anda. Hubungi kaknira supaya dapat bantu anda dan keluarga lebih sihat. Jadual pengambilan vitamin juga akan disediakan khas kepada anda dan keluarga. Konsultasi istimewa juga akan disediakan.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke Seluruh dunia samaada menggunakan khidmat Poslaju,Gdex,Citylink,Skynet dan lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank dan juga Cimb.

KAWASAN COD
Bachok,Jelawat,Kubang Kerian,Pasir Tumbuh dan Sekitar Kota Bharu. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dan menikmati bonus tunai dan lain-lain? Jom sertai team kami, #ThePrestigesGroup (TPG) yang mempunyai ahli aktif,kelas online percuma dengan masa yang fleksibal.

Jika berminat untuk pembelian atau pertanyaan boleh contact kaknira seperti detail di bawah.

No. Handphone :012-982 7229 (klik link ni untuk terus whatsapp)
Post a Comment