Saturday, 12 August 2017

6 Kelebihan Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakannya.

Kaknira kongsikan 6 kelebihan solat dhuha yang mungkin ramai tidak tahu. Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua dan semoga kita istiqomah melakukannya. In Sha Allah.


Orang yang Solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT.

"Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya walaupun buih di lautan."

- HR Tarmidzi.


Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.

"Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat."

- HR Hakim


 Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah SWT.

"Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat,maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai."

"Barangsiapa yang mengerjakan sebanyak empat rakaat,maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah."

"Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat,maka dia diselamatkan di hari itu."

"Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat,maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat."

"Barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat,maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya."

- HR At-Thabrani


Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha,kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus;iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah SWT.

"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subganahu Wata'ala."

- HR At-Thabrani


Allah SWT mencukupkan rezekinya.

"Wahai anak Adam,janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu,nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu."

- HR Abu Darda


Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

"Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi."

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,menyuruh kepada yang ma'ruf adalah sedekah,mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu,maka cukuplah mengerjakannya dua rakaat Solat Dhuha.

- HR Muslim

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah
TEMPAT COD : BACHOK & JELAWAT (caj penghantaran dikenakan jika perlu). Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah,Sarawak dan Brunei.

Instagram : shaklee_bachok
No. Handphone : 019-958 2426/ 012-982 7229
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016