Saturday, 12 August 2017

6 Kelebihan Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakannya.

Kaknira kongsikan 6 kelebihan solat dhuha yang mungkin ramai tidak tahu. Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua dan semoga kita istiqomah melakukannya. In Sha Allah.


Orang yang Solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT.

"Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya walaupun buih di lautan."

- HR Tarmidzi.


Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.

"Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat."

- HR Hakim


 Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah SWT.

"Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat,maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai."

"Barangsiapa yang mengerjakan sebanyak empat rakaat,maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah."

"Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat,maka dia diselamatkan di hari itu."

"Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat,maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat."

"Barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat,maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya."

- HR At-Thabrani


Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha,kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus;iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah SWT.

"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subganahu Wata'ala."

- HR At-Thabrani


Allah SWT mencukupkan rezekinya.

"Wahai anak Adam,janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu,nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu."

- HR Abu Darda


Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

"Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi."

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,menyuruh kepada yang ma'ruf adalah sedekah,mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu,maka cukuplah mengerjakannya dua rakaat Solat Dhuha.

- HR Muslim

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah
TEMPAT COD : BACHOK & JELAWAT (caj penghantaran dikenakan jika perlu). Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah,Sarawak dan Brunei.

Instagram : shaklee_bachok
No. Handphone : 019-958 2426/ 012-982 7229

Friday, 11 August 2017

4 HARI 3 MALAM


Hai semuaaa. Korang sihat ke tak? Aduhai lama sungguh tak menulis kat sini. Bizi sangat-sangat sekarang ni. Heeehe. Maaf tau kalau korang tertunggu-tunggu entri baru daripada kaknira. Miahahhaa bajetttt retis sangat weyh!. 

Okaylah,mulai harini kaknira akan cuba konsisten update jugak belog ni setiap hari ye. Kaknira akan cuba sedaya upaya okay! In Sha Allah. 

4 hari 3 malam? Woha! Tetntu korang dah imagine kaknira pi menginap kat hotel 5 star,pi mandi kolam,berjemur kat tepi pantai,makan hotel yang best-best kan? Betul tak? 

Sebenarnya bukanlah pi tidur hotel. Tapi,kaknira dengan 'Affi Naaeil pi tidur kat Hospital selama 4 hari 3 malam. Hahahaaaa. 

Sebenarnya,bermula hari selasa 1hb lagi budak gemuk ni batuk. So,malam tu kaknira dan abam nazri decide untuk bawa pergi Hospital kat emergancy. Selepas hampir 2 jam tunggu turn,jumpa doktor bagai dan cek suhu budak gemuk ni dia tak deman. Doktor cakap,budak-budak biasalah kalau batuk memang take time untuk reda. So,malam tu doktor cakap paru-paru semua clear dan takde apa yang membiimbangkan. Doktor hanya bekalkan ubat deman untuk standby kot-kot lepas tu budak gemuk ni deman.

Makaaa,hari pun berlalu macam tu dan dia masih lagi batuk berkahak,deman on off. Hari khamis mertua pergi kenduri dengan anaknya yang sulung so tinggal lah kami 5 beranak. Hari jumaat abam nazri cuti,so kaknira pun buat kerja rumah macam biasa. 

Hari sabtu,kaknira tengah ligat kat dapur,bagi budak gemuk ni ubat deman dan kaknira teruskan buat kerja rumah,masak,basuh kain dan jemur baju. Masa tu yang sulung dah siap mandi,yang no 2 jer ligat sikit nak mandikan. 

Bila dah siap jemur baju,kaknira tengok budak gemuk ni lain macam jer. Tengok cara dia bernafas macam laju dan tak lepass. Terus kaknira siapkan anak no 2,dan call jiran cakap nak tumpangkan anak-anak rumah dia. Kaknira call abam nazri tapi dia tak jawab. Biasalah dalam tugas. Lepas beberapa minit abam nazri return call dan kaknira info nak bawa affi ke klinik kesihatan kat rumah.

Sampai kat klinik terus kaknira call staff yang bertugas. Bila cek semua keadaan Affi,MO bagi neb dan selepas checkup kali kedua,dia minta kaknira ke Hospital. Kaknira hanya ia kan lah dan plan nak bawa ke Hospital malam nanti. Tunggu abam nazri habis kerja. 

Kemudian MO cakap,awak kena pergi sekarang juga,sebab anak dah lama deman dan dia still batuk berkahak. Dalam paru-paru masih ada bunyi. Okay,kaknira pasrah asalkan anak baik-baik jer. Pergi dengan tak prepare apa-apa,hanya bawa kad klinik anak,duit dengan handphone jer. Hahahaa. 

Phew,kena pulak naik ambulance. Tu lah pengalaman pertama kali naik ambulance. Kecut perut weyh. Laju jugak pemandu tu bawa. Nasib dia tak buka siren jer. Hahhaaa.



Sampai kat kecemasan,terus refer kat zon kuning. Masa ni abam nazri memang tak putus-putus call untuk tahu keadaan baby. Sampai sini kena neb 2x. Mula-mula tu doktor cakap takde pape,so boleh balik. Wah. dah berbunga hati kaknira sebab tak payah nk admit ward. hehhee. 

Tapi,datang pulak doktor lain,dorang suruh buat xtray dan ambil darah. Kaknira dah mula cuak. Sebab bila xtray memang banyak giler sel yang mati. Adehla. Tapi,apakan daya untuk pastikan semua okay terpaksalah akur. Settle semua xtray,result ada sikit tak cantik kat paru-paru. Maklumlah budak batuk berkahak dan kahak tu dia tak pandai nak buang. Dia pi telan pulak. Aiyoyooo. 



Time ni adik dah datang so kaknira minta dia balik rumah dan bawa keperluan kaknira untuk menginap di Hospital. Huhuhu. Hampir waktu asar baru lah kaknira dapat masuk wad. Daripadapagi satu nasi pun tak sempat nak jamah. Minum ESP saja. 

Bila dah masuk dalam wad dan adik dah datang,kaknira minta diri untuk solat asar jap. Settle solat tu,kaknira tengok Affi berada dalam bilik rawatan. Doktor tengah cucuk tangan untuk masukkan air,sebab dia dah kurang menyusu. Risau terhidrasi. 

Kaknira tak dapat nak teman Affi dalam tu,sebab kaknira hati tisu. Sebab tengok anak nanges. Dengan kaknira un nangis sampai doktor minta kaknira tunggu jer kat bilik,nanti dorang settle kan. Masuk jer dalam bilik,kaknira nangis. Jarak bilik dengan bilik rawatan tak jauh so dapat dengar anak meraung. Yang tengah mengunyah makan nasi pun boleh berhenti. Tak boleh nak telan. Allah. Kuatkan lah semangat aku. Tidak aku sanggup dengar suara anak sampai serak sebab menangis. 



Masa ni memang down giler,huhu tapi tetap buat iklan macam biasa. Business tak boleh nak stop sebab ni lah punca rezeki kaknira. Walau apa pun yang terjadi,memang tak boleh nak stop iklan,sebab sekali dah stop,nak buat balik memang akan lost,akan mati idea. So,kaknira tetap akan cukupkan iklan sampai 7x. 

Tipulah kalau rasa tak down dalam keadaan anak kena admit ward,anak-anak yang kat rumah pun deman. Tapi,kekuatan yang hilang hanya kita yang dapat kutip balik. Kena kuatkan semangat dan tidak boleh mengalah. Kaknira positifkan diri dan alhamdulillah sepanjang anak kena admit ward rezeki tidak putus-putus. Ada jer yang order barang,yang whatsapp tanya itu ini. Allah. Benarlah janji Allah,setiap kesulitan ada kemudahan. Hanya yakin danredha saja apa yang berlaku.



Alhamdulillah selepas 4 hari 3 malam,kami dapat discaj. Syukur sangat-sangat. Bila balik kaknira teruskan on Nutriferon untuk boostkan sistem imun badan budak gemuk ni. In Sha Allah kaknira dapat supply kebaikan melalui susu ibu. Bila sistem imun anak kuat,mereka dapat melawan virus yang datang. Abang-abang dia pun teruskan juga dengan Nutriferon ni. 

Shaklee Bachok


Kaknira usahakan yang terbaik untuk kesihatan mereka,sesungguhNYA Allah yang menyembuhkan. Sekurangnya bila kita dah berusaha dapatkan yang terbaik untuk mereka,dan ditakdirkan apa-apa yang jadi kita dah tak ralat. Ralatnya bila kita ambil endah tentang kesihatan mereka sedangkan kita jamu makanan yang tak berkhasiat untuk mereka. 

Wahai ibu,wahai ayah..Kesihatan keluarga satu nikmat dan harganya sangat mahal. Usahakan yang terbaik buat diri dan keluarga kita. Pada Allah kita mohon segalanya. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah
TEMPAT COD : BACHOK & JELAWAT (caj penghantaran dikenakan jika perlu). Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah,Sarawak dan Brunei.

Instagram : shaklee_bachok
No. Handphone : 019-958 2426/ 012-982 7229

Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016