Tuesday, 14 March 2017

Pengalaman Bersalin Secara Induce


Lamanya tak menulis kat sini. Dah berhabuk rasanya belog kesayangan kaknira ni. Mintak ampun bagi yang tertunggu entry baru (ceh! acah-acah femes lah sangat) *tangan dibahu,mata ke atassss..

Alhamdulillah,tadi dah bayar bil broadband,jadi dapatlah kaknira berbelog malam ni. Maklumlah,bila dapat bonus shaklee baru kaknira bayar apa yang patut,taknak susahkan suami. Kan buat bisness ni sebab nak ringankan beban dia. Jadi,bil-bil yang boleh dibayar sendiri,kaknira selesaikan sendiri.

Okaylah,sebelum pergi jauh,kaknira nak share pengalaman bersalin secara induce. Usia anak pun dah sebulan 1 hari. Haaaaha,baru sempat nak share kan.

Sepatutnya tarikh EDD kaknira 1/2/2017. Tapi,disebabkan baby syiok duk dalam perut kaknira ni,sampailah hari ke tujuh tu masih belum keluar,maka doktor bagi surat. Surat apa? Surat untuk menyerahkan diri ke Hospital. Maka berhuhuhuhu lah kaknira. 


Jadi,pada 7/2/2017 bersiaplah kaknira ke hospital. Dengupan jantung masa ni,macam nak tercabut tau dak. Yerla,sebab tak pernah kena serah diri. Tapi,anak ketiga ni kena pulak pi serah diri. Kira nak pergi berjuang sebab beranak ni antara hidup dan mati. Hari tu kaknira request kat suami,tak payah hantar Naufal (anak sulung) ke sekolah. Kaknira nak semua anak-anak ikut hantar kaknira ke spital. Huhuh,ngade-ngade kan? 


Nampak jer senyum kan? Sebenarnya,ni lepas call mak..muka lepas menangis. Beritahu mak dah nak gerak ke spital,mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dan mintak mak doakan semoga segalanya dipermudahkan. Mak cakap,mak maafkan semuanya,kakak takde buat salah pun dengan mak selama ni dan mak doakan kakak dipermudahkan. Huwaaaa..nanges kaknira..

Jam 9 pagi,kami semua gerak.. Siap semua urusan pendaftaran,suami bawa naik beg ke katil. Salam suami,mertua,anak-anak. Masa ni nak nanges,tapi tahan jerla. Sedih sebab anak no 2 Naadim ajak balik. Sambil pujuk Naadim cakap,nanti ummi balik bawak baby ye. Naadim balik rumah dulu. Fuh,masa ni memang tak tertahan air mata nak keluar..tapi tahan. Malu kot nak nanges depan anak-anak. ahahhaa. 

Bila dah check in spital,proses pertama yang dibuat..misi cek tekanan darah dan buat ctg. Nak cek jantung baby ok ke tak. Alhamdulillah semua ok. Masa dalam wad,adik bongsu yang datang melawat tiap masa. Tapi,kalau dia kerja,dia tak dapat datang ler. Maka,time melawat kaknira pergi surau untuk solat dan mengaji. Mesti korang tertanya kenapa suami dan anak-anak tak datang? Suami kaknira kerja,masa dia sangat terhad dan biasa dia akan datang waktu pagi. Selepas punch card kejap,dia curi masa prgi spital. Anak-anak pergi melawat hari jumaat. Suami bawa. Tapi,kaknira jenis hati tisu,cepat nak nanges. Ohya,malam-malam suami akan call,pakai video messenger. Jadi dapatlah lepas rindu kat anak-anak. 



Ohya,masa 7hb tu lepas masuk wad,doktor panggil untuk cek bukaan cm. Seram hoi,dah takde sakit apa,nak cek bukaan cm..mana ada. Jadi,ada lah sorang doktor ni,muka macam Mira Filzah..Memang cantik,ayu orangnya. Dia yang cek bukaan cm.. Weyh! Nampak jer ayu,tapi sakitttttt woi..Sampai terangkat b**t*t.. Cakap kat dia,"doktor,sakit".. hahhaa. Dia pun cakap,saya tolong bukakan cm awak. Ok,sekarang dah 2cm. 

8hb pagi selepas breakfast tu,doktor panggil lagi untuk cek bukaan. Masih sama. 2cm. Doktor pun cakap,okya,kita akan masukkan ubat separuh. Maka,dalam pukul 10pagi tu kenalah masuk ubat ikut..tutttttt..

Masa ni memang dah gugel pengalaman orang yang bersalin induce,mesej orang-orang yang berpengalaman. Antaranya kaknira mesej Mak Wani..geng shaklee.. Kata-kata positif yang dia berikan dan dia suruh kaknira banyak-banyakkan berdoa,berjalan,buat squad,LUA dan macam-macam tips lagilah. 

Petang tu adik datang dan kaknira suruh adik tutup tirai kat katil. Buat squad agar dapat membantu bukaan cm. Huhuhuhu. Sampai nak tercabut lutut kaknira buat. Malam tu pulak telan telur mentah dan tolak dengan air fresh orange. Salah satu usaha untuk permudahkan urusan bersalin dan cepat bukaan cm. Uiks,gulp! First time telan telur mentah. Nak muntah. Tapi,tahan jerlah. 

Di pendekkan cerita,sampailah 11 hb masih sama. Bukaan 3cm jer selepas dah masuk ubat tu yang dari 8hb. Jadi,11 hb tu misi datang kat katil dan cakap.."awak siap semua kelengkapan baby,kami akan hantar masuk LR". Masa ni call mak,call suami cakap nak masuk LR,mintak maaf semua dan doakan agar  dipermudahkan urusan. Mak dah suruh kakak ipar dan adik cuti,suruh dorang pergi spital dan report perkembangan kaknira. Seorang ibu,pasti rungsing sebab anaknya sedang berjuang untuk proses kelahiran. Selesai call semua,kaknira ambil ESP,air zam-zam dan buah kurma 3 biji. Untuk bekalkan tenaga.

Jam 10 pagi doktor cek bukaan cm.Masih sama. Takde perkembangan dan doktor pecahkan air ketuban. Dalam pukul 11,induce kali kedua. Kaknira mula-mula tak tahu  air apa ni dia pasang..Kaknira pun tanya doktor pelatih cina ni. Ni untuk apa ? Dia cakap,air ni akan buat kaknira makin sakit dan bantu bukaan jalan. Oh,gituuuuu.. induce pakai air. hahha.

Contraction ada,tapi nak kata sakit sangat tu takdelah,nak explain pun tak reti. Tiap kali sakit,doktor cina tu yang usap perut,kaknira genggam tangan dia. hahaa. nasib takde cakar-cakar. Tapi,bila sakit,kaknira akan sebut Allah dan baca doa nabi yunus tu..kemudian akan tarik nafas,hembus. Kaknira sedut jugak gas untuk kurangkan contraction,nama apa tah gas tu kaknira lupa. Next entry kaknira share ye..hehehe

Lepas tu call suami,nanges-nanges. Nanges bukan sakit,tapi nanges sedih sebab bukaan cm sangat slow. Suami cakap sabar lah.. Suami tak teman sebab dia pun mabuk darah. Kang,kaknira kalut nak beranak,dia pulak hak pingsanggggg.. hihihi. 

Masa tu hampir jam 7 malam,beberapa orang doktor masuk dan dorang diskus,bagi masa 2 jam lagi. Lepas tu,tengok macam mana. Beberapa minit kemudian,sorang doktor cakap,bila awak contraction,cuba teran. Masa tu bukaan 7-8cm. Tepat jam 7 malam,6 orang doktor,doktor pelatih yang cina tu dan berapa orang lagi tah yang ada dalam LR tu kaknira tak ingat. Tapi,masa proses nak teran tu,seramai 6 orang yang bantu. Hamek kau! Ramai kemain. haha.

Jam 7.10 malam,kaknira beritahu doktor,doktor,saya tak boleh teran..saya dah penat. Doktor pun cakap,awak baru teran 10 minit dan cakap tak boleh. Kepala anak awak ni dah nampak. Rambut kemain lebat. Awak kena kuat,demi anak awak. 

Sorang doktor tolong tolak baby keluar,2 orang tolong usap perut,sorang tukang korek bukaan,sorang tukang gunting dan sorang doktor lelaki tolong angkat kepala suruh tenegok perut. 

Tepat jam 7.25 malam,masa tu tengah maghrib,sorang doktor selawat dan tolak baby,maka keluarlah anak kaknira seberat 3.61kg. Allahhhhhh. Allahhhhhh. Allahhhhhhh. Tu jer yang kaknira mampu sebut. Doktor letak baby yang penuh darah kat atas dada kaknira. Alhamdulillah semua selamatt.



Alhamdulillah,Syukur semuanya selamat. Apa yang penting,persiapkan diri bila tahu kena induce. Kalau tanya kaknira sakit ke induce ni? Bagi kaknira sakit induce ni sama dengan tak induce. Yang penting,jangan letak perkataan SAKIT tu kat depan. Clearkan emosi,dan fikir,aku nak jumpa anak cepat-cepat. In Sha Allah semua akan selamat dan dipermudahkan. Lagi satu,jangan jerit. Nanti hilang tenaga. 

♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah


TEMPAT COD : BACHOK & JELAWAT (caj penghantaran dikenakan jika perlu). Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah,Sarawak dan Brunei.

FB : Nira Nazri
Instagram : @anira_mustapha
No. Handphone : 019-958 2426/ 012-982 7229


Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016