Tuesday, 11 October 2016

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Isteri. Produk Lelaki dan Wanita.


Tadi,hampir jam 12 malam,saya menerima whatsapp daripada seorang kawan bertanya tentang set kesuburan bagi pihak kawannya. Katanya dah 1 tahun berkahwin tetapi masih belum di kurniakan cahayamata. 

Shaklee Bachok

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya impikan cahayamata. Apalah ertinya sebuah rumahtangga tanpa kehadiran anak sebagai penyeri dan penghibur hati dikala suka dan duka. Namun,tidak semua yang bertuah. Ada yang sudah bertahun-tahun kahwin tapi masih tiada tanda-tanda si isteri berbadan dua. Dalam usaha,ada yang menggunakan kaedah tradisional seperti berurut dan sebagainya dan ada juga yang menggunakan kaedah moden. Ramai juga yang mencuba kedua-duanya sekali bagi mendapatkan zuriat dismaping turut memanjatkan doa kepada yang Esa. Saya yakin,anda yang membaca entri di sini adalah untuk mencari set kesuburan sebagai salah satu usaha untuk membantu anda atau isteri untuk hamil seterusnya mendapatkan cahayamata penghibur hati.

Antara kaedah moden yang disyorkan adalah mengambil suplemen. Alhamdulillah ramai telah memberi kepercayaan untuk mencuba set kesuburan shaklee untuk suami isteri ini. Produk ini boleh dimakan oleh lelaki dan wanita tau. Jadi,orang lelaki,para suami harus turut ambil bahagian.

Apakah Set Kesuburan Shaklee?
Set kesuburan Shaklee,adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung. Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan dan tubuh secara keseluruhan.

Faktor dan Punca Menyebabkan Susah Mengandung

1. Makanan yang mengurangkan kesuburan lelaki dan wanita.

Sebelum kita teruskan,kenali dulu apakah makanan yang boleh mengurangkan atau menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita. Antara makanan yang perlu dikurangkan adalah makanan tinggi karbohidrat,gula dan manisan. Jauhkan makanan segera,makanan diproses atau diawet. Kurangkan juga perisa dan pemanis dalam makanan. Alkohol juga menjadi punca masalah ketidaksuburan. Jadi,suami isteri kenalah perhatikan cara pemakanan ya,jika nampak terlebih tu,sila kurangkan.

2. Rokok

Dr. Hamid Arsat dalam artikelnya yang berkaitan makanan meningkatkan kesuburan lelaki juga mengatakan rokok dan tembakau perlu dijauhi kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma lelaki. Bagi yang merokok dan berniat untuk berhenti merokok namun sukar,jangan risau,walaupun anda mungkin seorang perokok tegar,ada sesuatu yang dapat membantu yang telah terbukti hasilnya. Hanya amalkan Vivix sesudu kecil setiap hari dan anda akan dapati lama-kelamaan rokok yang dihisap akan mula terasa pahit. Inilah yang berlaku kepada perokok tegar.

3. Berat badan berlebihan

Satu lagi,faktor yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung ialah masalah berat badan atau obesiti. Untuk mengurangkan masalah ini boleh cuba Set Kurus Shaklee dan ternyata selepas amalkannya,ada yang mengandung. Semua dengan izin Allah.

Set Kesuburan Kehamilan Shaklee Optimum (Premium)

Jom kita tengok apa yang ada dalam set ni dan bagaimana ia membantu dalam meningkatkan kesuburan suami dan isteri.

1. ESP (Protin) - Protin ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protin yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunyai masalah sel telur ovum yang tidak matang,sedikit,kecil dan tidak sihat,di sarankan mengambil ESP sebagai sumber protin. Ramai yang tersalah sangka bahawa ESP ni hanya untuk isteri,tetapi suami pun boleh ambil juga. Tapi,dalam kes ni biar isteri je ambil,suami ada vitamin lain yang dicadangkan.

2. VITALEA (Multivitamin) - Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vitalea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperm lelaki dan telur wanita atau ovum.

3. SUSTAINED RELEASE VITAMIN C - Membantu memproses hormon seks dan kesuburan.

4. B COMPLEX WITH ACID FOLIC - Memberi rasa tenang dan rileks serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum,tubuh dan otak stress menjadi antara faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi,disinilah B Complex memainkan peranannya untuk menenagkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan.

5. VITAMIN E dan SELENIUM - Terkenal sebagai "vitamin cinta/vitamin seks". Menggalakkan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA). Membantu meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu,lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Oleh itu,suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. ZINC - Bagi kaum lelaki,zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone,mengekalkan kuantiti sperm,dan paras testosterone yang bersesuaian. Zinc juga berperanan dalam proses pembentukan genetik,iaitu DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Kesimpulannya,zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperm yang sihat. Kekurangan zinc bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperm yang abnormal,low count sperm dan penyakit prostat. Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperm dan melawan bakteria dalam vagina.

7. ALFAFA COMPLEX - Sangat baik diamalkan oleh wanita,ianya membantu atasi masalah keputihan,masalah haid yang tidak teratur,atau sengguggut/sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (seperti kacip fatimah).

8. GLA COMPLEX - Sangat baik di amalkan oleh wanita,terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti,yang juga dikenali senagai "mukus servik putih telur ". Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperm berenang ke dalam ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.





TESTIMONI 






Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

TEMPAT COD : BACHOK & JELAWAT (caj penghantaran dikenakan jika perlu). Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah,Sarawak dan Brunei.

FB : Nira Nazri
Instagram : @anira_mustapha
No. Handphone : 019 958 2426/ 012 982 7229
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016