Tuesday, 12 July 2016

Buku Pink Ketiga




Alhamdulillah..Selesai jugak buka "buku pink ketiga" ni. Tapi biasalah,tempoh nak buka kemain lama.. Bertabah jerla. 

Pergi klinik seawal jam 7.50 pagi.. selesai semua pendaftaran,kena pergi makmal untuk test urine..nak tahu result walaupun kita dah test kat rumah. Bila dah selesai part tu,kena ambil sample darah pulak..untuk cek HIV,timbang berat,cek tekanan darah dan tinggi. Yang kelakar,ingatkan selama ni tinggi 158 cm..tapi rupanyanya hanyalah 156 cm.. kahkahkah.. bajet tinggi.. padahal pendek jer..sobb..sobbb. Dah selesai semua,jumpa doktor,tetapi memandangkan nira dah awal-awal buat scan kat klinik swasta,maka doktor guna result tu jer. Kiranya perlu scan bila kandungan 20 minggu. Means,10 minggu dari sekarang.

Ingatkan dah boleh balik.. tengok jam dah 10 pagi.. tapi belum selesai. turun rumah tanpa isi perut..Laparrr.. Doktor mintak cek gigi..ok ke tak ok.. kat situ ambil pulak masa hampir 30 minit.. huhuhu.

Dari anak no 2 lagi nira memang tak ambil vitamin yang klinik bekalkan..tetapi mengamalkan vitamin khas untuk ibu hamil. Alhamdulillah,semua ok termasuk bacaan hB.. Semua dengan izin Allah.

Jam 11 pagi selesai semua.. maka bulan depan bermulah rutin setiap bulan untuk cekup baby. Oh ya,lagi 2 minggu kena minum air gulaaaaa.. oh sedihhhh woooo.. Sebab kena minum air gula adalah sejarah melahirkan anak 4 kg.. So,doktor risau kot ada kencing manis. Air gula ni nira kena minum dari anak no 2 lagi..Result alhamdulillah okay. Takde masalah kencing manis. Wuhuuuu. So,harap yang ni pun takde sangkutlah... Amin.



Jom nira kongsikan apakah vitamin yang nira amalkan sepanjang kehamilan ni. Moga memberi manfaat buat semua ya!

1. OSTEMATRIX 
  • ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium,magnesium,vitamin D. Kiranya 3 in 1.
  • setiap 1 biji mengandungi 250mg kalsium. 
  • magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel,pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • tidak menagdnungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 
  • kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • membaiki rangsangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya keroskan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
2. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu,hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
  • protin yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • protin ini juga  membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 
  • keperluan protin sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  • keperluan protin ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
3. OMEGA GUARD
  • ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
  • mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • DHA dan EPA dari omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
  • untuk ibu pula,ia membantu mengawal paras kolestrol dalam badan.
4. B COMPLEX
  • b complex adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
  • asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin,mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi,khususnya "spina bifida".
  • ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari.
  • penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
  • ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
5. VITAMIN C
  • melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • 1 biji vitamin c bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita untuk makan 7 biji oren setiap hari?
  • vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar penyerapan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
6. VITA-LEA IRON FORMULA
  • vitalea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu lagi obimin.
  • di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu mengalami masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
  • anemia ini bahaya kepada ibu dan anak ketika bersalin kelak. Pengambilan multivvitamin adalah sangat penting semasa mengandung.

IMBAS KEMBALI semasa hamilkan Aisy Naadim,anak kedua kak nira..
.
Sepanjang kehamilan anak no 2 tiada alahan seperti abangnya.. Seronok pulak rasa sebab takde langsung apa-apa alahan. 
.
Start dari sebelum hamil lagi memang kak nira amalkan vitamin shaklee..dalam erti kata lain berTTC dengan produknya. Rezeki berpihak kepada kak nira dan suami. Panjat seribu kesyukuran kepada Allah 😊
.
Sepanjang kehamilan juga,kak nira hanyalah amalkan vitamin khas untuk ibu hamil. Alhamdulillah,bacaan hB cantik. Cik Misi dan Puan Doktor pun dah sedia maklum bahawa kak nira amalkan vitamin ni. Mereka tiada masalah. Heeheehe.
.
Ada yang tanya,ok ke nira makan vitamin ni? Banyaknya kena makan 😂.. Jawapan kak nira melalui pengalaman sendiri.. Alhamdulillah. And kak nira lebih sukakan yang shaklee sebab 100% natural. Heehee.
Banyak? Bukankah kita nak yang terbaik buat kita dan baby? Tak kan tak sanggup nak telan.. Tapi kalau pergi klinik kerajaan pun,mereka akan bekalkan 4 jenis vitamin. (kalau tak silap lah). Melainkan klinik swasta..hanya bagi obimin.
.
Kak nira tak henti kat situ jer.. Teruskan pula dengan set berpantang shaklee. Apa yang boleh kongsikan. Sangat best. Bagi tenaga. Susu meriah! 





Baca testimoni ibu di bawah :





So,bagi ibu hamil di luar sana yang masih tercari-cari vitamin kehamilan,boleh cuba produk Shaklee. Boleh dapatkan dengan pengedar anda atau boleh juga order melalui nira. Konsultasi khas untuk semua customer nira ye!.

Semoga enjoy sepanjang kehamilan ni. Jangan stress nah.



♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡


 Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Pengkalan Chepa, Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan Nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada Nira.


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016