Thursday, 10 March 2016

Vitamin Yang Memberikan Kecergasan Luar Biasa

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kebanyakan dari kita sering letih dan tiada tenaga terutama apabila menjelang malam. Kerja yang banyak dan urusan kerja yang tidak surut henti menyebabkan kita penat, kurang fokus dan mengantuk. Ada yang mengambil kafein dan air isotonik untuk mengembalikan tenaga. Vitamin juga ada yang memberikan tenaga dan memulihkan badan yang letih.

Vitamin B dikenali sebagai Vitamin Tenaga kerana ia memainkan peranan penting dalam peningkatan metabolisma tenaga di mana ia membolehkan badan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yang diperolehi dari makanan kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. 

Vitamin B Complex1 The importance of Vitamin B Complex for Children

Terdapat 11 komponen di dalam Vitamin B Kompleks yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam menjadikan kita bertenaga. Ia terdiri dari:
  • B1 (Thiamine)
  • B2 ( Riboflavin)
  • B3 (Niacin)
  • B5 (pantothenic Acid)
  • B6 (pyridoxine)
  • B9 (Folic Acid)
  • B12 (Cyanocobalamin)
  • Biotin
  • Para-amino Benzoic Acid(B10)
  • Choline
  • Inositol
Mari kita lihatVitamin B12,yang memainkan peranan paling penting dalam penghasilan tenaga. . B12 penting kerana ia yang menukarkan karbohidrat kepada glukosa. Sebab itulah kita segar dan aktif apabila mengambil Vitamin B Kompleks apabila penat (B3 juga berperanan dalam meningkatkan tenaga). Vitamin B12 juga membantu otak untuk kembali fokus.

Vitamin B6 juga dikenali untuk meningkatkan fokus dan ia meningkatkan daya kognitif apabila kita meningkat usia. Walaupun kita semakin tua, kita tidak mudah lupa jika sudah biasa mengambil Vitamin B6 dari usia muda.

Badan kita juga menggunakan Vitamin B dalam menghasilkan sel baru yang sihat dan penghasilan sel darah merah. Ia sangat berguna meningkatkan fungsi imunisasi, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.

Jika Vitamin B tidak membantu meningkatkan tenaga, anda perlu cuba untuk meningkatkan zat besi dan magnesium dalam badan. Zat besi yang kurang dalam badan boleh menyebabkan anda letih dan kurang peka. Magnesium juga berfungsi seperti Vitamin B di mana ia diperlukan dalam proses menukarkan makanan kepada tenaga. 

Vitamin B dan Tidur

Sesetengah kajian mendapati Vitamin B6 dan B12 boleh mengganggu tidur.Mengambil Vitamin B6 sebelum tidur boleh menyebabkan anda terjaga dalam tidur, dan Vitamin B12 boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur kerana iamengganggu tahap melatonin, sejenis hormon dalam badan yang mengawal kitaran tidur/jaga.



Harganya tak sampai rm 60. ada 120 tablets. boleh order sekarang untuk mendapatkannya!

♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah


Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Pengkalan Chepa, Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan Nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada Nira.
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016