Friday, 11 March 2016

Masalah Fibroid Boleh Menggangu Kesuburan Untuk Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kaum wanita berhadapan dengan pelbagai variasi penyakit yang mengancam kehamilan dan kesuburan. Antaranya seperti fibroid dan cyst. Namun kali ini, saya hanya ingin mengupas tentang masalah fibroid.

Walaubagaimanapun, masalah fibroid ini bukanlah punca atau faktor utama yang menyebabkan susah untuk hamil. Ada banyak faktor lain lagi.

Fibroid adalah ketumbuhan yang tumbuh pada dinding rahim dan ianya bukan kanser dan tidaklah berbahaya sebenarnya. Mengikut statistik, antara 20 hingga 40 peratus dalam lingkungan umur 20 hingga 45 tahun mungkin berisiko diserang fibroid. Namun begitu, kaum perempuan yang berdepan dengan masalah atau komplikasi fibroid ini hanyalah sekitar 10 ke 20 peratus sahaja. 

Fibroid ini akan tumbuh dalam bentuk satu biji besar atau beberapa biji yang kecil dalam kuantiti yang banyak. Sehingga kini masih belum dapat dikesan sebab dan punca mengapa fibroid ini tumbuh.

pengedar shaklee bachok


Antara golongan wanita yang berisiko untuk menghadapi masalah fibroid adalah:-
  • Wanita yang masih belum mempunyai anak selalunya
  • Perempuan yang berkulit gelap.
  • Wanita yang didatangi haid pada peringkat usia yang lebih awal.
  • Wanita yang suka makan daging merah dan tak suk makan sayur dan buah-buahan.
  • Wanita yang mempunyai tabiat merokok dan mengambil minuman keras.
  • Wanita yang mempunyai keturunan yang bermasalah fibroid
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. 
Ketidakseimbang Hormon Mempengaruhi Pertumbuhan Fibroid
Hormon estrogen yang tidak seimbang dalam tubuh mempengaruhi pertumbuhan fibroid. Hormon estrogen berlebihan ini akan mengakibatkan fibroid itu semakin membesar. Biasanya, ada 2 hormon yang menguasai kitaran period wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Apabila seseorang diserang masalah ini, antara gejala yang boleh dikesan ialah darah haid yang berketul-ketul, diserang senggugut (period pain) yang teruk dan kerap buang air kecil akibat gangguan pada pundi kencing yang ditekan fibroid.

Masalah fibroid jika tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan risiko seperti sakit pinggang, sembelit dan paling ditakuti adalah kemandulan. Seandainya, fibroid itu tumbuh terlalu besar hinggakan menekan saluran kencing dari ginjal ke pundi kencing akan mengakibatkan buah pinggang menjadi bengkak. Lebih malang lagi, ada kes yang sehinggakan rahim jatuh atau turun ke bawah.

Cara paling senang dan berkesan untuk mengesan masalah ketumbuhan ini adalah menggunakan mesin ultrasound oleh kerana fibroid jarang menunjukkan simptom yang diketahui untuk masalah ini. Sebaik-baiknya, kaum hawa dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan pap smear dan ultra bunyi  secara berkala sama ada setahun sekali atau sekurang-kurangnya 2 tahun sekali supaya masalah ini dapat dikesan lebih-lebih lagi kepada golongan yang berisiko tadi. Namun, tidaklah semua fibroid itu boleh dikesan melalui mesin ultrabunyi. Bagi, kes biasa yang tak menunjukkan simptom ianya boleh dirawat dengan rawatan secara konservatif . 

Biasanya, masalah fibroid ini adalah masalah kecil dan tak bahaya. Cuma apabila pendarahan terlalu banyak, pesakit boleh diserang anemia. Selain itu, jika buah pinggang mula membengkak ianya adalah satu komplikasi yang bahaya.

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK MASALAH CYST/FIBROID

Jika anda disahkan mempunyai cyst atau fibroid atau kedua-duanya sekali,anda boleh mengamalkan GLA Complex dan juga vitamin ACE.

GLA COMPLEX SHAKLEE bertindak menstabilkan hormon yang tidak seimbang. Estrogen dan progesteron akan diseimbangkan supaya tiada yang lebih dari lain.

Vitamin ACE

Vitamin ACE terdiri daripada Caratomax (vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiga vitamin ini merupakan rangkaian anti-oksidan yang penting untuk membunuh hormon xenoestrogen. Vitamin ACE penting untuk mengelakkan cyst membesar kembali.

Kalau nak cuba GLA sahaja boleh ke?

Boleh kalau nak cuba GLA COMPLEX sahaja tetapi adalah lebih baik digalakkan untuk menggabungkan GLA COMPLEX dengan Vitamin ACE kerana GLA hanya membetulkan ketidakseimbangan hormon manakala ACE menghapuskan xenoestrogen.

Vivix sebagai SUPLEMEN yang TERBAIK (Fibroid dan Cyst)

Vivix merupakan suplemen yang kaya dengan Resveratrol iaitu antioksidan yang baik untuk mengurangkan inflamasi dan dipercayai dapat mengecutkan fibroid dengan cepat. Vivix juga menghalang sel-sel abnormal daripada berkembang.


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah


Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Pengkalan Chepa, Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan Nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada Nira.
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016