Monday, 11 January 2016

Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Ramai yang dah mula sedar bahaya rokok dan tercari-cari cara berhenti merokok dengan mudah. Harga rokok pun boleh tahan,bukan murah. Bayangkan kesihatan yang dapat dikecap serta duit yang boleh dijimatkan kalau berjaya berhenti merokok,mesti seronok kan?


Tapi tak dinafikan,untuk berhenti merokok cabarannya sangtalah banyak dan besar. Bayangkanlah sebab dah biasa merokok selama bertahun-tahun dalam jumlah yang besar,tiba-tiba berhenti merokok. Kebiasaannya akan disertai oleh simptom "nicotine withdrawal" seperti sakit kepala,mual,rasa murung,resah,dan serba tak kena,susah nak fokus,susah nak tidur malam dan lain-lain lagi.

Kenapa perkara itu boleh terjadi?

Sebenarnya,kandungan nikotin dalam rokok inilah yang menjadi punca orang ketagih dan susah nak berhenti merokok.

Bila seseorang merokok,nikotin ini akan masuk ke dalam saluran darah dan menghasilkan rasa "high" dan "relaks".

Secara puratanya,nikotin dalam sebatang rokok boleh bertahan selama 6-8 jam di dalam badan kita sebelum di buang melalui air kencing. Nikotin yang tersimpan dalam badan pula mengambil masa 48-72 jam untuk dimetabolismekan dan dikeluarkan daripada badan. Hasil sampingan nikotin iaitu cotinine pula akan terus berada dalam salur darah selama 20-30 hari. Rata-rata perokok pula mesti hisap lebih daripada sebatang sehari kan? Kalau yang heavy lagilah teruk,mahu 2 kotak.

Jadi,bayangkanlah berapa banyak nikotin dalam badan perokok,dan berapa lama masa yang diperlukan sebelum boleh disingkirkan semua bahan ni sepenuhnya? Selagi badan ada nikotin,selagi itulah akan terus ketagih dan susah berhenti merokok.

CARA SINGKIRKAN NIKOTIN DARIPADA BADAN

Setelah anda berazam untuk berhenti merokok,langkah seterusnya yang perlu di buat adalah menyingkirkan nikotin keluar daripada badan secukupnya. Barulah mudah untuk berjaya berhenti merokok sepenuhnya.

1. MAKAN BANYAK BUAH & SAYUR

Salah satu cara paling mudah untuk singkirkan nikotin dalam badan ialah dengan makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Memang ada hasil kajian daripada University Of Buffalo yang dah membuktikan,bagi perokok yang makan lebih banyak buah dan sayuran setiap hari,mereka lebih mudah untuk tidak merokok dalam tempoh yang lebih lama berbanding perokok yang makan sedikit buah dan sayur. Bilangan rokok yang di ambil juga sedikit.

Antara sayur dan buah yang boleh di amalkan oleh perokok bagi mengurangkan merokok adalah : brokoli,zucchini,seleri,terung,timun,bayam,lobak merah. Manakala buah pula ; oren,kiwi.

Untuk pengetahuan anda,merokok memang boleh menurunkan paras kandungan banyak vitamin dalam badan perokok. Jadi,perokok memang kena ambil banyak sayur dan buah bagi mencegah sebarang kekurangan vitamin seperti vitamin B dan C. Serat dan air dalam sayur dan buah juga boleh memberikan rasa lebih kenyang,jadi takdelah nak ingat kat rokok je. 

Tapi,yang paling penting,kandungan Vitamin A,B,C,E dan K dalam buah serta sayur sangat baik untuk menyingkirkan nikotin,menjaga kesihatan menyeluruh (termasuklah dalam membaikpulih kulit daripada efek nikotin) serta kesihatan menyeluruh. Ia juga mampu membuatkan 'rokok tak sedap".

Pendek kata,perokok yang mengamalkan banyak sayur dan buah lebih berpotensi untuk berhenti merokok. 

2. MINUM BANYAK AIR

Nikotin membuatkan badan banyak kehilangan air. Dengan ambil air secukupnya (sama ada dari makanan atau minuman) nikotin akan cepat dikeluarkan melalui peluh atau air kencing.

3. BANYAKKAN SENAMAN YANG KELUARKAN PELUH

Bila bersenam,metabolisme badan akan meningkat dan nikotin lebih senang disingkirkan melalui peluh. Badan juga lebih sihat dan cergas bila bersenam kan? 

Tapi,proses menyingkirkan nikotin ini HANYA AKAN BERKESAN kalau anda BERHENTI MEROKOK. Jadi,WAJIBLAH BERHENTI MEROKOK dulu.

Dalam masa yang sama,disebabkan nikotin akan menurunkan paras vitamin tertentu dalam badan,(yang mana akhirnya akan memburukkan lagi kesihatan si perokok),saya sangat syorkan anda amalkan sekurang-kurangnya Sustained Release Vitamin C dan B Complex untuk maintain keperluan Vitamin C dan Vitamin B setiap hari.

VITAMIN SHAKLEE UNTUK PEROKOK TEGAR YANG NAK BERHENTI MEROKOK

Bagi mereka yang benar-benar tekad untuk berhenti merokok tapi sangat susah untuk makan sayur dan buah yang banyak,bolehlah cuba Vivix Shaklee.


Ia adalah suplemen antioksidan yang sangat pekat dengan Resveratrol dan polifenol,dan mampu membaikpulih  pada peringkat-peringkat sel. Maklumlah,rokok dah terbukti boleh merosakkan sel-sel dan menyebabkan banyak penyakit berbahaya,kan? Jadi,bila sel kita sihat dari dalam,In Sha Allah kesihatan badan pun akan bertambah baik dan rokok pun akan rasa tak sedap. 

Antioksidan yang tinggi juga penting untuk menjaga sel-sel daripada rosak akibat radikal bebas yang terhasil daripada rokok.

Dan yang penting lagi,Vivix adalah antara Vitamin Shaklee yang boleh bantu berhenti meroko dan juga menyingkirkan nikotin dalam badan kita! 

Dah ramai perokok yang BERJAYA BERHENTI MEROKOK selepas mengamalkan Vivix Shaklee. Jom baca testimoni di bawah.



Sempena bulan januari ni,ada promosi Vivix,so bolehlah hadiahkan kepada mereka yang tersayang :)


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah
Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016