Thursday, 28 January 2016

Buasir Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin : Risiko serta Rawatan

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kebanyakan ibu mengandung mengalami masalah semeblit teruk,tapi dibiarkan tanpa rawatan dan semakin teruk sehingga terjadinya buasir berlarutan sehingga selepas bersalin. Masalah sembelit teruk,berak berdarah,buasir memang sangat menyakitkan dengan keadaan fizikal kita yang semakin memboyot,kemudian ditambah pula dengan luka jahitan selepas bersalin.

Buasir dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan  saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Anda akan berasa sakit hasil daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak. Ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu,pendarahan sewaktu membuang air juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan,masalah ini biasanya terjadi disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada ity,masalah cirit-birit,batuk teruk,berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut menjerumus kepada buasir.

Punca dan Sebab wanita hamil dan selepas bersalin mengalami buasir?

Buasir Pada Ibu Mengandung

Semasa anda hamil,jumlah darah dalam badan akan bertambah. Pada masa yang sama,tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. Salur-salur darah di uterus (rahim)anda pula berkemungkinan untuk membengkan dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada bayi anda yang sedang membesar.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Tetapi ianya tidak selesa dan sangat menyakitkan. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul semasa anda hamil. Sembelit,satu lagi masalah berkaitan kehamilan,juga boleh menyebabkan buasir.

Buasir Pada Ibu Selepas Bersalin

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila selepas bersalin,iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang daripada lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Ramaiiii ni..

Di tambah pula dengan faktor pemakanan semasa berpantang,yang mana rata-rata ibu berpantang selepas bersalin mengamalkan pantang yang ketat,pengambilan air masak yang kurang serta nutrisi dalam badan yang tak cukup menambahkan lagi betapa peritnya buasir. 

Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil,anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama mereka hamil.

Di anggarkan kira-kira 1 daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Bolehkah bersalin normal jika mempunyai masalah buasir dan risikonya?

Secara umumnya,anda masih berpotensi bersalin normal. Namun ia bergantung pada peringkat buasir sama ada tahap 1,2,3, atau 4.

Semasa proses bersalin,buasir tersebut akan keluar semaksimum mungkin kerana tekanan kepala bayi keatas buasir tersebut. Pada masa ini dubur membesar kerana penolakan kepala bayi yang melalui saluran kelahiran menekan pada bahagian dubur kita. Sebab itulah dubur membuka sebesar duit 50sen. Lebih besar,jika pesakit mengalami buasir.

Biasanya,selepas proses bersalin tamat dan jahitan luka dilakukan,para nurse akan bantu memasukkan kembali buasir yang terkeluar kedalam anus. Keaadan akan kembali seperti sediakala.

Namun,nasihat saya,anda berbincanglah dengan pakar perbidanan terlebih dahulu dan dapatkan butiran jelas risiko yang akan dihadapi semasa proses bersalin mengikut peringkat buasir anda.

Boleh ke buasir sembuh semula?

Tentu puan-puan tertanya kan soalan ini,bagaimana caranya untuk merawat buasir ketika sedang mengandung dan selepas bersalin? Kannnn? kan?

Melalui pembacaan saya dan nasihat doktor,dikatakan ramai wanita yang sembuh daripada buasir sebaik sahaja selepas melahirkan bayi.

Tetapi, 

Masih juga kemungkinan ianya akan berlarutan.

Petua untuk mempercepatkan penyembuhan buasir

1. Elakkan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber tinggi,minum banyak air dan membuat senaman tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan,atau pelembut najis.

2. Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar dan cuba jangan meneran dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.

3. Buat senaman kagel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus,menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.

4. Elakkan dari minum air tebu,memakan buah nenas dan kacang bendi.

Vitamin Shaklee Yang Membantu Masalah Buasir

Adakah rangkain produk Shaklee dapat membantu mengurangkan/menghilangkan penyakit buasir ini? 
Yes. Set Buasir Shaklee mempunyai 3 rangkain produk yang sangat sesuai untuk merawat masalah buasir,iaitu :

1. Omega Guard : Baik untuk sendi dan otot. Omega bantu kecutkan otot yang membengkak akibat tekanan otot dubur ketika membuang air besar.

2. Ostematrix : Bantu kurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan ketika alami luka di bahagian dubur.

3. Zinc Complex : Pengambilan zinc complex adalah amat disarankan pada pesakit buasir yang mengalami najis berdarah ketika membuang air besar. Zinc complex dapat membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

In Sha Allah set ini boleh membantu mereka yang ada masalah buasir di luar sana. Jangan segan-segan untuk contact nira bagi mendapatkan set ini ya. 



♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡



Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Pengkalan Chepa, Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan Nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada Nira.
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016