Thursday, 10 December 2015

PUDING ROTI KUKUS SIMPLE dan SEDAP

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Pagi tadi selepas siapkan sarapan untuk suami,sambung pulak buat sarapan untuk anak-anak. Di sebabkan nampak ada beberapa keping roti,nira decide untuk buat puding roti je kat anak-anak. Cukuplah untuk alas perut pagi ni. Yang makan tengahhari nira akan siapkan jap lagi. Plan nak buat bubur nasi je untuk Naadim. Naufal tak risau sangat sebab masaklah lauk apa pun,dia akan mintak nasi dengan kicap je.. huhu..takde nutrisi langsung kan.. 

Sebab dia makan macam tu lah,nira bekalkan MEAL SHAKESCHEW C PLUS dan juga VITALEA FOR CHILDREN untuk Naufal. Semua ni akak topup nutrisi yang tak cukup dalam badan Naufal. Alhadulillah,sejak kasik dia vitamin ni,dia dah kurang deman.. Selera makan kurang dan akal punyalah banyak. Pening nak layan soalan dia tiap hari. 

Untuk entri pagi ni,nira nak share resipi puding roti.. Kot ada yang terfikir apa lah yang nak buat untuk anak-anak. Maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah,mesti kerja anak-anak pun makan je memanjang kan. Resipi ni simple je,nak buat pun mudah je. 

PUDING ROTI KUKUS SIMPLE

Bahan-bahan
6 keping roti 
2 biji telur
3 sudu gula - boleh kurangkan jika tak suka manis.
1 sudu teh esen vanilla
375g susu cair
marjerin 
kismis/kurma

Cara Penyediaan

1. Masukkan gula,telur,susu cair dan esen vanilla. Pukul secara ringan dan sebati. Masukkan roti yang telah di potong cube.

2. Sebelum masukkan roti tu,letak marjerin dulu kat roti. Lepas tu susun dalam loyang dan tabur kismis/kurma. Kemudian masukkan adunan yang di buat tadi. Curah dalam tu.

3. Kukus dalam 25-30 minit. Sejukkan dan simpan dalam peti sebelum di hidang.

Ni hasilnya yang nira buat pagi tadi..


Yummy! Naadim berselera betul makan.. yerla,lemak-lemak manis.. semua budak suka.. :)
So,bolehla try buat untuk anak-anak ya..

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016