Saturday, 26 December 2015

Jangan Ambil Mudah Gejala Kencing Kotor Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kencing kotor ketika hamil ini jangan kita ambil mudah. Jangan pandang enteng! Jangkitan kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang rosak. Paling menakutkan apabila kuman berjaya merebak ke dalam darah dan boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja,ibu hamil berkemungkinan berisiko tinggi berlakunya bersalin bayi pra matang. Ngerikan? So,kata kuncinya jangan ambil mudah!



Urinary Tract Infection (UTI) atau jangkitan kuman di saluran kencing,atau lebih femes di kenali "kencing kotor" adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal,slaur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dna salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh).

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku,pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Punca wanita hamil mudah terkena kencing kotor

  • Wanita lebih mudah mendapat penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (Urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing keluar).
  • Perubahan hormon ketika hamil - Ketika hamil,tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah,seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan air kencing bertambah tersekat. - Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak mengempisdan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula,(akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
Simpton dan gejala pundi kencing kotor
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (tak lawas).
  • Terasa sakit dan pedih ketika hendak mengeluarkan air kencing.
  • Terasa tidak selesa di bawah bahagian abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Deman dan seram sejuk,sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga buah pinggang.
  • Sakit pinggang,deman,loya dan muntah.
Tips pencegahan kencing kotor ibu hamil
  • Minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lebih 8 gelas sehari. Air kencing yang jernih menunjukkan kuantiti air dalam badan kita mencukupi. Jika masih lagi berwarna kuning itu menunjukkan badan kita masih lagi kekurangan air.
  • Jangan risau dengan kekerapan membuang air kerana ia sangat bagus untuk proses penyingkiran air kencing kotor ini.
  • Segeralah membuang air kencing jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh atau menahan kencing terlalu lama kerana ia menggalakkan bakteria membiak dalam pundi kencing.
  • Wanita hamil perlu mengamalkan kebersihan diri dengan baik mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas. Ia bertujuan untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Wanita yang hamil digalakkan memakain pakaian di perbuat daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon.
  • Walaupun hamil,aktivit seks boleh dilakukan dengan suami. Nmaun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam lebih kerap.
  • Kurangkan makanan manis dan minuman berkafein.
  • Amalkan pemakanan vitamin ibu hamil shaklee bagi memastikan tiada komplikasi ketika hamil. In Sha Allah fasa kehamilan dapat dilalui dengan sesuatu yang indah,sihat,dan ceria!
Set Vitamin Kencing Kotor Shaklee

1. GARLIC COMPLEX ~~ bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

2. SUSTAINED RELEASE VITAMIN C ~~ meningkatkan sistem badan.

3. OSTEMATRIX ~~ membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon. Membantu perkembangan tubuh badan normal,membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

PERHATIAN !!
  • Jika ibu hamil masih lagi mendapati air kencing kotor dan kelihatan berdarah atau deman yang teruk selama 3 hari,segeralah untuk berjumpa dengan doktor.
  • Doktor akan segera memberi rawatan antibiotik. Jangan lambat berjumpa doktor kerana kencing kotor mudah dan cepat merebak ke buah pinggang.
♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

 

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016