Sunday, 20 December 2015

Duktus Tersumbat (Blocked Duct)

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit,lazimnya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjolan itu. Ini dikatan "duktus tersumbat",malah duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kadang terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka,iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghadapinya,anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.


Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak diperah dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul,susu akan terus mengundur disebabkan penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan,tisu jadi merah,panas dan sakit-sakit. Perasaan seakan-akan selsema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan,selalunya ia adalah keradangan). Perasaan tadi adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak dengan melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya,bayi anda haruslah melekap dalam kaedah yang betul. Adalah sangat penting untuk bertindak dengan kadar segera untuk mengelakkan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar. Hubungi pakar runding penyusuan dengan segera untuk memohon cara pelekapan yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan lebih efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda.

Peringat buat ibu menyusu.

1. Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ia menyakitkan. Menyusulah sekerap yang mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.

2. Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.

3. Mengambil tab,paracetamol (panadol) boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

4. Menggunakan pam buah dada sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.

5. Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan juga adalah sangat efektif.

6. Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada,bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menunjukkan tanda pengurangan (selalu selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selsema,hubungilah doktor anda. Berkemungkinan anda telah mendapat mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi sedikit "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu,ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu,dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun,jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas,berjumpalah segera dengan doktor anda.

Apa yang saya syorkan dengan suplemen Shaklee ?

1. VITAMIN E COMPLEX dan

2. LECITHIN

❥ Membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.

❥ Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.

❥ Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau short memory yang biasa dilalui selepas melahirkan.

❥ Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.




♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016