Tuesday, 15 December 2015

BUAT 3 TEKNIK UNTUK MENGETAHUI ANAK KENA KUNING

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

"Alamak baby kena kuning la!" Itu dialog biasa yang selalu disuarakan oleh ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Zaman sekarang ni dah  biasa sangat bayi kena penyakit kuning atau jaundis.
Selalunya orang akan sebut 'demam kuning'. Sebenarnya ia tidak melibatkan jangkitan demam. Ia adalah penyakit yang menyebabkan tubuh bayi berwarna kuning. Tahu tak apa sebab bayi mesti kena jaundis?

Ia terjadi kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada badan. Okey apa pula bilirubin? Bilirubin adalah bahan dalam badan yang dihasilkan daripada proses pemecahan sel darah merah.
Bilirubin sepatutnya dikumuhkan oleh limfa tetapi disebabkan limfa bayi tidak matang, jadi ia tidak mampu dikumuhkan dalam tempoh yang cepat.

Bila sudah bergelar ibu ayah, anda mesti kena tahu cara untuk mengenal pasti bayi terkena jaundis atau tidak apabila sudah berada di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital. Bila sudah tahu cara ini, mudah untuk anda suami isteri memantau keaadan bayi
ada jaundis atau tidak.

Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya senang untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak jenis berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.

BUAT 3 TEKNIK INI UNTUK MENGETAHUI ANAK KENA KUNING

1. Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.


2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.


3. Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.


Pengalam saya,anak kedua kena prolong jaundice boleh singgah sini untuk lebih maklumat.

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah


Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016