Saturday, 26 December 2015

Asid Folik Mengelakkan Risiko Keguguran

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Hari ni saya berpeluang untuk berkongsi dengan anda berkaitan dengan asid folik untuk ibu hamil. Bagi yang merancang untuk hamil bolehlah ambil asid folik ini sebelum hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil.
Ibu hamil harus ambil asid folik dan jangan ambil enteng dengan vitamin ni kerana ia boleh mengelakkan risiko berlakunya keguguran.

Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vtamin kumpulan B,dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga,penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrine serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).

Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan),ia akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintensis DNA dan RNA,ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisme protein,dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.

Apa itu asid folik?
❥ asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.

ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.


Mengapa asid folik penting?

mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neutral tube defect) seperti : gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung terbentuk (anecephaly/encephalocele).

❥ mengurangkan keguguran,lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

❥ mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi. Sumbing lelangit (cleft palate),kecacatan pada jantung ,pembentukan kaki dan tangan tidak sama (limb reduction),kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).


Bila asid folik perlu di ambil?
Sebelum mengandung sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran baby. Antara vitamin terpenting yang selalu dibekalkan oleh doktor adalah asid folik.

Siapa yang memerlukan asid folik?
Semua wanita yang berumur 14 tahun hingga 44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung,ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf.

Sumber makanan yang mengandungi asid folik

hati ayam.

❥ daging,ayam,telur.

❥ kekacang.

❥ beras perang,barli,oat.

❥ sayuran hijau,buah,dan sayur warna kuning seperti pisang,buah oren,jaugung,labu dan lain-lain.


Untuk mengetahui lebih lanjut vitamin yang diyorkan oleh ibu mnegandung boleh SINGGAH SINI.

Untuk sebarang pertanyaan,order boleh cobtact nira seperti detail di bawah yep ~~



♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

 

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016