Wednesday, 25 November 2015

Tips Mengukur Kasut Anak-Anak



Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kasut kanak-kanak yang ada di pasaran memang semua menarik rekaannya. Kita ni sebagai mak memang gila kalau tengok rekaan kasut anak-anak kat mall. Semua geram tengok..macam nak makan. Haaha.. Okay,masa anak sulung memang nira hantu beli kasut..padahal pakai kejap dah ketat. Adoi! Masa nak raya,asben beli yang mahal sikit.. yang brand clarks. Walau mahal,tahan sampai sekarang. Bolehla si adik pakai pulak. Maklumlah,anak lelaki dua-dua..kehkehkeh. Jimat duit.. 

Jom nira kongsikan tips untuk pilih saiz kasut anak yang betul. Moga membantu ye... :))




1. Suruh anak  berdiri
Untuk mendapatkan ukuran saiz kaki yang betul, kanak-kanak mesti berdiri tegak. Pastikan kaki mereka rata dan ibu jari dalam posisi tegak, kerana adakalanya kanak-kanak suka membengkokkan ibu jari mereka.
Pastikan anak  memakai stoking. Ini akan memberikan sedikit ruang ketika mengukur dan beranggapan yang anak anda akan sentiasa memakai stoking setiap kali menyarung kasut tersebut.

 
2. Gunakan pembaris untuk mengukur kaki

Ketika mengukur saiz kedua belah kaki anak gunakan pembaris. Ukur kedua kaki anak daripada tumit sehingga ke hujung ibu jari kaki mereka. Oleh kerana setiap kaki mempunyai saiz yang sedikit berbeza anda boleh tambah sama ada 1/4 inci (6.35 mm) hingga 1/2 inci (1.27 cm) dalam ukuran untuk menganggarkan tumbesaran si kecil. Kemudian gunakan ukuran spesifik untuk menentukan saiz kasut yang sebenar.


3. Gunakan ibu jari untuk menentukan

Semasa proses menentukan saiz sebenar kaki anak, gunakan ibu jari anda untuk menentukan sekiranya ibu jari kaki anak melebihi hujung bahagian dalam kasut. Sentiasa lebihkan ukuran kira-kira 1/2 inci (1/.27 cm) di antara ibu jari dengan hujung kasut.
4. Suruh anak berjalan

Sebelum membeli kasut yang diukur, suruh anak  berjalan dalam kawasan kedai supaya  boleh melihat bahagian tumit kaki anak. Jika bahagian tumitnya agak longgar dan kasut akan bergerak ke atas dan bawah, kasut tersebut akan menyebabkan kakiknya melepuh.

5. Pilih kasut yang sesuai

 Pastikan kasut untuk anak adalah fleksibel. Membeli kasut yang sempit membuatkan anak sukar membengkokkan kaki mereka serta tidak sihat atau tidak selesa.
❥ Pilih kasut yang mempunyai kelebaran besar. Tulang kaki anak sangat lembut sebelum mereka mencecah usia empat tahun, jadi kasut yang lebar memberikan ruang kepada kaki mereka untuk membesar dengan betul.

 Pilih kasut yang diperbuat daripada material yang boleh menyerap peluh seperti kanvas, kain atau kulit. Kasut ini membolehkan peredaran udara lebih baik semasa kaki anak berada dalam kasut.

 Pilih kasut yang mempunyai bunga (tapak) yang baik dan elakkan daripada memilih kasut yang bertapak licin untuk menjauhkan risiko anak terjatuh dan tergelincir.

Okay,harap ia membantu ye mummy.. :))


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016