Wednesday, 11 November 2015

Masalah Tentang Penyusuan dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

pengedar shaklee bachok


Bukan mudah hendak menyusukan anak dengan susu ibu tanpa melalui sebarang cabaran dan rintangan. Proses menyusukan anak bukan sekadar menyumbat puting payu dara ibu ke dalam mulut anak sahaja. Terdapat 1001 macam masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu menyusu. Namun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan ibu perlu tahu bagi memastikan proses penyusuan berjalan lancar dan ibu tidak mudah berputus asa.

1. Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

Punca:

Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan lekapan semasa menyusu tidak betul, bra tidak ditarik ke atas tanpa membuka kancing.

Penyelesaian:

* Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.

* Pam susu setiap dua jam sekali atau boleh gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet).

* Pastikan tangan bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam. Mula buat urutan menggunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola.

* Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.

* Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.


2. Masalah bengkak susu

Punca:
Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit dan demam.

Penyelesaian:

* Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.

* Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.

* Teruskan menyusu bayi setiap dua jam sekali.

* Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu terus atau bayi sedang tidur).


3. Bayi menyusu sebelah sahaja

Punca:
Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.

Penyelesaian:

* Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

* Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk bayi akan mudah memberi kerjasama.

* Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemari bayi. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong barulah beralih ke payudara yang digemarinya.

* Menyusukan bayi di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi dan tenang.

* Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.

* Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu akan lebih lancar.


4. Masalah susu berkurang

Punca:
Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.

Penyelesaian:

* Susu berkait rapat dengan demand dan suppy (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan.

* Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.

* Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.

Vitamin Penyusuan: Boleh Cadangkan Set Penyusuan Mana Yang Sesuai Untuk Saya?

Menjawab kepada persoalan tersebut, saya berikan ringkasan seperti di bawah ini:

1- Set B - basic bf set 
Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. 

Siapa yg perlukan Set B?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.
Apa yang ada dalam set B ?
Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

2- Set E 
Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 
Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? 
1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.
5. Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. 
Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

3- Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. 
Ia menjadi set PALING LARIS. 

Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

4- Set Eu Four Pack
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C dan Ostematrix.

Set ini disarankan kepada:
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza. Maka kami menyediakan konsultasi untuk pengambilan makan dan panduan jadual pam bagi memudahkan ibu-ibu.
Pilihan terbaik untuk anda dan si manja terletak di tangan anda...

♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016