Sunday, 8 November 2015

MABUK KETIKA HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

pengedar sah shaklee bachok

Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.
Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan?
Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.
Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan.
Wanita dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi.
Berapa lamakah ia akan berpanjangan?
Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
Kesan mabuk hamil keatas kandungan
Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam badan anik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.

Faktor mabuk semasa hamil
Kadangkala, sesetengah faktor boleh menjadi pencetus kepada mabuk hamil. Diantaranya adalah:
  • Bauan atau wangian seperti minyak wangi, kopi, asap rokok
  • Bauan semasa memasak atau menggoreng
  • Berasa sangat letih
  • Perasaan gelisah atau risau
Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil
Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:
  • Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
  • Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
  • Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)
  • Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
  • Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
  • Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
  • Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
  • Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.

CADANGAN SUPLEMEN YANG BOLEH DI AMBIL KETIKA HAMIL UNTUK MENGURANGKAN MABUK

1. PERFORMANCE DRINK - minuman isotonik tanpa gas berperisa oren,yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah,serta mengelakkan dehidrasi.
2. CHEWABLE VITA-C 100mg - rasa masam dari vitamin c boleh kunyah dari Shaklee ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa loya dan mual,semestinya lebih berkhasiat dari asam jeruk!
3. Peppermint Ginger Plus - peppermint dan halia sememangnya terkenal untuk merawat rasa mual dan loya secara semulajadi. Tambhankan suplemen ini ke dalam secawan teh panas kurang manis,dan anda pasti rasa lebih tenang seketika,disamping dapat membantu angin di dalam badan.

♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016