Monday, 16 November 2015

5 Petanda Anak Sihat dan Cerdas

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Sementara si kecik tidur,kita curi masa untuk hapdet blog jap. Petang-petang ni nira share yang santai-santai je ye.. :) Tentang perkembangan anak-anak kita yang sedang membesar tu.. :)

Semua ibu bapa mahukan anaknya sihat dan cerdas. Apakah cara untuk mengetahui anak  tergolong dalam kategori kanak-kanak yang sihat? Ada beberapa petunjuk yang membantu anda mengetahui si manja membesar sihat dan cerdas.
 
1. Aktif dan sihat
 
Kanak-kanak yang sihat sentiasa bergerak aktif. Ada sahaja perkara yang hendak mereka terokai.  Mereka tidak pernah berasa letih malah sentiasa bertenaga untuk belajar dan bermain. Ini kerana badan mereka mendapat segala khasiat yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.
 
2. Berselera makan
 
Cuba perhatikan selera anak ketika anda menyuapnya makan. Adakah dia makan tanpa sebarang bantahan atau banyak alasan yang diberikan. Sekiranya sihat, kanak-kanak akan mempunyai selera yang normal tetapi anak yang tidak sihat kurang berselera walaupun dihidangkan makanan kegemarannya. Hidangan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula tambahan akan membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula selain mengurangkan selera makan mereka.
 
3. Mempunyai berat badan ideal
 
Kanak-kanak yang sihat bermakna mereka mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan usia dan ketinggian mereka. Berat badan yang ideal dapat diperoleh daripada tabiat pemakanan yang sihat. Jangan beri anak anda kerap minum atau makan makanan dan minuman yang manis. Makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan yang tinggi boleh menjadi punca kanak-kanak mudah obes. 
 
4. Tidur lena
 
Anak yang kurang tidur atau tidurnya tidak lena akan terganggu pertumbuhan yang sihat. Ini kerana kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama daripada orang dewasa. Ini kerana masa pertumbuhan anak dan perkembangan otak mereka berlaku dengan drastik ketika anak sedang tidur. Para pengkaji  di University of Colorado Boulder, mendapati semasa pertumbuhan ini,  tidur membolehkan otak memperkuatkan hubungan terhadap sel-sel yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan otak si kecil. Kajian lain dari jurnal Brain Sciences di tahun 2013 juga menemui fakta bahawa perkembangan hubungan antara otak bahagian kanan dan kiri meningkat sehingga 20 peratus pada waktu tidur malam.
 
5. Lancar buang air besar
 
Sekiranya anak anda tiada masalah membuang air besar seperti sembelit atau cirit birit, itu menandakan organ pencernaannya dalam keadaan sihat. 

Cadangan SET untuk Si Kecil anda!


untuk lebih info boleh klik sini
♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016