Monday, 30 November 2015

Bakal Bersalin? Elakkan Buat Perkara ini

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Memegang status baru bergelar ibu sudah tentu banyak mengubah karektor diri seseorang. Bukan mudah ya bergelar seorang ibu.Kalau tidak diatur dengan betul ramai ibu yang mengalami masalah baby blues atau nama femesnya 'meroyan'.



So,untuk entri ni nira sharekan perkara yang tak patut dilakukan selepas ada anak nanti. Moga apa yang dishare ni memberi manfaat buat semua. Sumber ni nira dapat daripada majalah Pa & Ma. 

1. Membeli Semua Barang
Ini selalu berlaku bila hendak sambut kelahiran anak terutama anak pertama atau bila sudah lama tidak mengandung. Pantang nampak barang baby, semua hendak dibeli. Akibatnya bila bayi lahir, ada banyak yang tidak sesuai
atau tidak digunakan. Bukankahh merugikan. Jadi, pastikan jangan ikut nafsu bila beli barang keperluan bayi. Utamakan yang penting dulu. Yang tak penting jangan beli lagi kecuali bila sudah ada anak, dan memang perlukan barang itu.


2. Percaya Semua Cakap Orang

Oleh kerana masih tiada pengalaman, yang baharu bergelar ibu ayah mudah percaya cakap orang lain apatah lagi kalau mereka itu orang yang sudah berpengalaman membesarkan anak. Padahal bukan semua nasihat tersebut sesuai untuk anak sendiri.
Tapi tak salah mendengar nasihat dan pengalaman orang lain tapi jangan sampai terlalu bergantung kepada mereka kerana anda sebagai ibu tentu mempunyai cara tersendiri selain perlu mencari info keibubapaan yang lebih sesuai mengikut keadaan semasa.


3. Tak Cukup Tidur

Ibu memang biasa tak cukup tidur pada bulan-bulan pertama kelahiran bayi. Tapi ia bukan bermaksud bila ada bayi, anda memang susah untuk mendapat tidur yang cukup. Sebenarnya ia boleh diatasi dan di sinilah
kecerdasan anda sebagai ibu diuji. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami untuk bersama menguruskan anak. Aturkan waktu tidur si kecil supaya anda juga boleh tidur dengan lena. Bergilir dengan suami untuk menguruskan anak pada waktu malam jika dia menangis. Jangan semuanya anda hendak lakukan
seorang diri. Selain itu pandai-pandailah anda 'mencuri' masa untuk tidur di siang hari waktu bayi sedang tidur. 


Nira syorkan anda sediakan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk tenaga yang cergas.


4. Terlalu Risau

Perasaan terlalu risau memikirkan anak adalah perkara normal yang akan berlaku dalam kalangan ibu baru. Bayi menangis, ibu risau, bayi tak tidur, ibu risau, bayi tak buang air besar, ibu risau. Pendek kata semuanya yang berkaitan bayi akan merisaukan ibu.
Sebenarnya ia memang perkara biasa kerana bayi yang baru lahir tentu masih perlu menyesuaikan diri dengan dunia baru dan membuatkan perilakunya juga berubah. Kalau ada yang pelik dengan anak anda, bertenanglah, perhatikan lebih teliti dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.Tetapi sebaiknya, jangan cepat risau jika melihat perubahan pada bayi anda.


5. Tidak Ada Masa

Sebelum bayi lahir, mungkin ibu fikir dia boleh menguruskan masa untuk anak dan diri sendiri tetapi kenyataannya bila sudah ada anak tidak sama. Maka, jangan merancang perkara yang belum anda ketahui keadaannya kerana bimbang anda akan kecewa dan tertekan.Sebaliknya, rancanglah masa untuk melakukan aktiviti sendiri di antara waktu si kecil tidur atau bermain apabila dia sudah lahir kelak.


6. Mengabaikan Suami

Ini perkara normal yang akan berlaku pada bulan-bulan awal bergelar ibu. Akibat terlalu fokus menguruskan bayi baru lahir, kadang kala ada isteri yang tidak sengaja mengabaikan suami. Alasannya, suami boleh menguruskan diri sendiri sedangkan bayi memerlukan lebih perhatian.Padahal, menjaga hubungan dengan suami sama pentingnya. Bimbang kalau mengabaikan suami, ia boleh mencetuskan perasaan cemburu si suami terhadap bayi. Usahakan untuk meluangkan masa di waktu pagi ketika bangun dari tidur atau sebelum tidur malam untuk berbual dengan suami. Jangan lupa juga tanggungjawab sebagai isteri untuk melakukan hubungan intim dengan suami
supaya kemesraan suami isteri tetap terjaga.


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Sunday, 29 November 2015

Cantik Tanpa Berbelanja Mahal

Assalamualaikum dan Salam Sayang 


Bila kita bercakap mengenai kecantikan,pasti ramai di antara kita yang tak sabar dan ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan kecantikan. Di sini kecantikan dimaksudkan ialah kecantikan yang merangkumi kulit cantik yang cerah dan cantik di samping sihat.

Bagaimana suplemen Shaklee berikan anda kulit cantik tanpa belanja mahal?
❥ ESP
- Komponen utama sel adalah protin. Jika protin badan tidak cukup,sel akan jadi cacat.
- Paling utama,ESP membekalkan protin lengkap untuk pembentukan sel kulit yang sihat.
- ESP merawat sel kulit dari dalam menyebabkan kulit kita lebih lembut,gebu,cerah dan sihat.


❥ SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
- Paling utama Vitamin C membantu badan membentuk semula kolagen yang membuatkan kulit kembali tegang. Tanpa kolagen kulit akan mengendur macam kulit orang tua.
- Vitamin C juga terbaik dalam merawat bintik hitam,jeragat dan tona kulit tidak sekata.
❥ VITAMIN E 
- Dikenali sebagai vitamin anti-oksidan atau vitamin awet muda.
- Berikan sel anda Vitamin E secukupnya,maka badan anda sedia melawan radikal bebas punca sel menua,mati dan sakit.


pengedar sah shaklee bachok


Apa yang penting produk Shaklee adalah 100% selamat,100% semulajadi. Kulit yang sensitif tidak perlu ditempek dengan lebih banyak bahan kimia.

Jadi,untuk dapatkan kulit cantik tanpa belanja mahal,sebaiknya berikan kulit anda makanan yang diperlukan. Kecantikan itu datang dari dalaman. Sel kulit yang sihat akan hasilkan kulit cantik berseri.

harga dijamin berbaloi dengan tempoh penggunaan dan kesannya yang akan anda dapat.

♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

 Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah 

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Friday, 27 November 2015

TESTIMONI : Pengguna Vitamin C

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

pengedar shaklee beris kubor besar,jelawat,bachok,kota bharu dan kubang kerian.

Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu menyalurkan vitamin C berterusan. Viatmin C yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Sebagai satu antioksidan yang kuat,Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan imun,jantung,keutuhan sel serta kesihatan mata,gigi,gusi,tulang,otot dan pembuluh darah serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Tiada perasa tiruan,pemanis,pewarna,atau bahan pengawet tambahan.

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE

Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik,dan ianya larut dalam air dan tidak disimpan didalam badan. Ianya antara vitamin yang paling mudah hilang,sama ada daris egi penyediaan makanan,mahupun dalam badan kita sendiri. Ia hanya boleh bertahan selama beberapa jam sahaja dalam slauran darah,menyebabkan kita seharusnya mengambil Vitamin C selang beberapa jam. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing dan juga peluh. So,tidak membahayakan jika anda terlebih dose vitamin C,cuma memberi kesan kepada poket anda. krikkk..krikk..hahhaa

Contoh buah-buahan yang banyak kandungan Vitamin C adalah oren,limau,anggur,manakala dalam kumpulan sayur-sayuran pula adalah seperti tomato,kubis,asparagus,dan mana-mana sayuran berwarna hijau.

Layan testimoni dulu sebelum sambung baca pasal Vitamin C Shaklee :)


Sebagai pengganti,anda juga boleh mengambil makanan tambahan untuk melengkapkan kelengkapan Vitamin C dalam badan kita. Natural vitamin C tambahan biasanya dibuat rosehips atau buah-buahan sitrus. Tambahan ini biasanya boleh didapati dalam bentuk tablet atau kapsul.,membuat ia lebih mudah bagi anda untuk memperoleh jumlah yang mencukupi Vitamin C;sekiranya tiada masa atau keadaan yang membolehkan kita mendapatkan Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayur segar.

Manfaat Utama Vitamin C Shaklee Sustained Release

❥ Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.

❥ Memperbaiki simpton pendarahan - kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit,lambat pulih dari kecederaan,kulit kering,ruam dan kulit kasar.

❥ Peningkatan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah merah pulih menentang bakteria dan kuman,mengukuhkan sistem imun,pertingkatkan pemulihan alergi hidung,kulit dan asthma,juga membantu mengurangkan simptom selsema.

❥ Menerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajaid tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

❥ Mencantikkan kulit - pengambilan Vitamin C pada setiap hari membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

❥ Memperbaiki Insomnia - Ia membantu membaiki insomnia,stress dan masalah mental seperti keresahan.

❥ Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghalang pendarahan dalam hidung,pendarahan serebral dan skurvi.

Antara Simpton Kekurangan Vitamin C

❥ Mudah tertekan/stress - sering letih dan lemah.

❥ Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik,tapak kaki keras dan kasar.

❥ Luka yang lambat sembuh.

❥ Mudah selsema/bersin.

❥ Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen).

❥ Mudah dapat ulser.

❥ Antibodi tidak kuat/mudah terkena deman.

❥ Gusi berdarah.

❥ Salur darah mengecil.

❥ Sakit sendi.

❥ Tanda lebam pada badan.

❥ Weight loss (bukan kurus yang sihat,tapi kurus yang idak sihat,lemah dan kusam).

Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan brand lain dalam pasaran

❥ Vitamin C pertama yang semulajadi dan bertindak secara "sustained release" berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.

❥ Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

❥ Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.

❥ Membekalkan "Bioflavinoid" dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg.. Bioflaviond bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C. 

❥ Tiada pembaziran kerana semua Vitamin C digunakan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C Shaklee,boleh order terus melalui saya. 

♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

 Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah 

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Thursday, 26 November 2015

TESTIMONI : SET KEHAMILAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Tadi nira terbaca status salah seorang customer nira dah selamat bersalin. Nira terus pm dan ucapkan tahniah di atas kelahiran baby baru. Alhamdulillah semuanya selamat. Semasa di awal kehamilan,dia ada order set kehamilan asas dengan nira. Petang tadi juga dia ada share apa yang dia dapat,hasil daripada mengamalkan set ini. Alhamdulillah.. semua dengan izin Allah. Vitamin hanyalah asbabnya sahaja. Jom layan testimoni beliau.

pengedar sah shaklee beris kubor besar,bachok,kota bharu,kubang kerian,jelawat dan pengkalan chepa.

Happy sangat bila dapat testimoni cenggini. Setiap ibu hamil pasti inginkan yang terbaik buat kesihatan diri dan bayi yang dikandung. Oleh itu,sangat penting dalam pemilihan vitamin. Syukur juga ramai yang telah memilih vitamin daripada shaklee. Vitamin ni semulajadi,selamat dan berkesan. In Sha Allah. 

Nira explainkan secara ringkas apa kebaikan set ini kepada ibu hamil. Enjoy k!

Vitalea : adalah multivitamin yang terbaik lebih jauh daripada obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak di serap oleh bayi. Keistimewaan Vitalea,ia mengambil iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering di alami oleh wanita hamil di smaping membekalkan segala vitamin dan mineral penting untuk ibu dan bayi.

B-Complex : Shaklee mengandungi tambahan asid folic yangs esuai untuk ibu mengandung. Semua sedia maklum,asid folic sangat penting untuk mencegah kecacatan kepada bayi dan mengurangkan rasa loya serta menurunkan stres level. Ia juga membantu ibu mengandung untuk lebih bertenaga dan mengurangkan tekanan perasaan ketika mengandung.

Vitamin C : membantu mengaktifkan asid folic dan meningkatkan kadar penyerapan zat besi buat ibu mengandung. Ia juga membantu meningkatkan antibodi ibu mengandung supaya tidak mudah jatuh sakit di samping membina antibodi dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel tubuh yang baru. Menurut doktor,wanita akan mengalami penurunan antibodi ketika mengandung.

ESP : membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protin meningkat ketika wanita sedang hamil  kerana protin diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.

OsteMatrix : untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang,sistem saraf,otot,dan hati yang sihat. Bayi akan mendapat bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya,maka wanita mengandung harus memastikan jumlah kalsium yang diambil cukup untuk keperluan tubuh dan bayi. OsteMatrix juga boleh membantu masalah kejang atau simpul biawak yang sering di alami oleh wanita mengandung.

Omega Guard : Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Semasa kita hamil,haruslah memastikan kita sentiasa sihat supaya bayi dalam kandungan juga sihat dan mendapat khasiat yang secukupnya untuk pembesaran yang optimun. So,jika pilihan anda adalah produk shaklee..boleh hubungi saya seperti di bawah.


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

REWARDS BONANZA : Dapat Vitamin FREE!

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Tengah buat apa tu? Nira baru siap makan nasi. Alaaaaa,lauk simple je..telur mata kerbau,kicap dengan serunding ayam..Layan dengan nasi panas-panas. Pergh! Selera uols.. 

Oh,bukan nak cerita pasal nasi dengan lauk telur mata tu.. exceli nak cerita pasal rewards bonanza. Bulan oktober haritu,Syarikat offer rewards bonanza yang kedua buat semua membernya. Erm,masa tu kebetulan ada promosi Vitamin E.. Lepas master Janet explain yang point promo Vitamin E tidak akan dikira dalam rewzrds ni..nira abaikan je la. Sebab nak pulun jual Vitamin E.. Alhamdulillah banyak set terjual. Maklumlah,produk ohsem..ramai yang tak nak lepaskan peluang.. Rezeki nira.. Alhamdulillah. 

Nak tahu lebih detail dengan Vitamin E Shaklee? Okay,nira tepek sini linknya. Singgahlah sini kejap ~~

Petang tadi,tengah layan anak-anak dapat sms ni..

shaklee bachok


Best tau buat bisness ni..banyak yang akan dapat.. Tapi ada syarat dia..kalau malas,memang tak merasalah. 

So,bagi yang nak jadi member,jom berdaftar sekarang..Jangan bertangguh lagi.. Kerana orang yang berjaya mereka cepat bertindak. Nira akan guide anda.. Kita sama-sama jadi jutawan dunia dan akhirat. In Sha Allah dengan izin Allah.


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Wednesday, 25 November 2015

Tips Mengukur Kasut Anak-Anak



Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kasut kanak-kanak yang ada di pasaran memang semua menarik rekaannya. Kita ni sebagai mak memang gila kalau tengok rekaan kasut anak-anak kat mall. Semua geram tengok..macam nak makan. Haaha.. Okay,masa anak sulung memang nira hantu beli kasut..padahal pakai kejap dah ketat. Adoi! Masa nak raya,asben beli yang mahal sikit.. yang brand clarks. Walau mahal,tahan sampai sekarang. Bolehla si adik pakai pulak. Maklumlah,anak lelaki dua-dua..kehkehkeh. Jimat duit.. 

Jom nira kongsikan tips untuk pilih saiz kasut anak yang betul. Moga membantu ye... :))




1. Suruh anak  berdiri
Untuk mendapatkan ukuran saiz kaki yang betul, kanak-kanak mesti berdiri tegak. Pastikan kaki mereka rata dan ibu jari dalam posisi tegak, kerana adakalanya kanak-kanak suka membengkokkan ibu jari mereka.
Pastikan anak  memakai stoking. Ini akan memberikan sedikit ruang ketika mengukur dan beranggapan yang anak anda akan sentiasa memakai stoking setiap kali menyarung kasut tersebut.

 
2. Gunakan pembaris untuk mengukur kaki

Ketika mengukur saiz kedua belah kaki anak gunakan pembaris. Ukur kedua kaki anak daripada tumit sehingga ke hujung ibu jari kaki mereka. Oleh kerana setiap kaki mempunyai saiz yang sedikit berbeza anda boleh tambah sama ada 1/4 inci (6.35 mm) hingga 1/2 inci (1.27 cm) dalam ukuran untuk menganggarkan tumbesaran si kecil. Kemudian gunakan ukuran spesifik untuk menentukan saiz kasut yang sebenar.


3. Gunakan ibu jari untuk menentukan

Semasa proses menentukan saiz sebenar kaki anak, gunakan ibu jari anda untuk menentukan sekiranya ibu jari kaki anak melebihi hujung bahagian dalam kasut. Sentiasa lebihkan ukuran kira-kira 1/2 inci (1/.27 cm) di antara ibu jari dengan hujung kasut.
4. Suruh anak berjalan

Sebelum membeli kasut yang diukur, suruh anak  berjalan dalam kawasan kedai supaya  boleh melihat bahagian tumit kaki anak. Jika bahagian tumitnya agak longgar dan kasut akan bergerak ke atas dan bawah, kasut tersebut akan menyebabkan kakiknya melepuh.

5. Pilih kasut yang sesuai

 Pastikan kasut untuk anak adalah fleksibel. Membeli kasut yang sempit membuatkan anak sukar membengkokkan kaki mereka serta tidak sihat atau tidak selesa.
❥ Pilih kasut yang mempunyai kelebaran besar. Tulang kaki anak sangat lembut sebelum mereka mencecah usia empat tahun, jadi kasut yang lebar memberikan ruang kepada kaki mereka untuk membesar dengan betul.

 Pilih kasut yang diperbuat daripada material yang boleh menyerap peluh seperti kanvas, kain atau kulit. Kasut ini membolehkan peredaran udara lebih baik semasa kaki anak berada dalam kasut.

 Pilih kasut yang mempunyai bunga (tapak) yang baik dan elakkan daripada memilih kasut yang bertapak licin untuk menjauhkan risiko anak terjatuh dan tergelincir.

Okay,harap ia membantu ye mummy.. :))


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Tuesday, 24 November 2015

Apakah Itu Resveratrol?

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kenali Vivix dan Komponen utamanya RESVERATROL.

Vivix mengandungi campuran unik Botani Polyganum Cuspidatum,Anggur Muscadine,Eldeberi Eropah,dan Lobak Ungu yang kaya dengan Polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel-penuaan semulajadi.

Pengedar shaklee bachok

Apakah itu Resveratrol?

❥ Resveratrol adalah sejenis anti-oksida yang didapati pada tumbuhan,buah-buahan,bijian dan kekacang,manakal kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai "sistem imunisasi" untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kesan-Kesan Utama Resveratrol

Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria,ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisme tubuh,mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.

Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik,masalah neurodegeneratif,kanser serta penyakit kardiovaskular. Apabila gen sirtuin 1 dirangsangkan oleh  Resveratrol,ia akan.. :

  • mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
  • mematikan pertumbuhan virus,bakteria serta sel-sel abnormal seperti kanser.


Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.

Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol,bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.

Membina daya ketahanan terhadap kanser.

1.Fasa pertama : Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.

2. Fasa pertumbuhan : Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

3. Fasa pertumbuhan pesat - Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.

Kelebihan-kelebihan Lain

❥ Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel.

❥ Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson.

❥ Menyelaraskan paras gula dalam darah,memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis.

❥ Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah.


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 




Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016