Wednesday, 28 October 2015

KELEBIHAN BILA BAYI ANDA MERANGKAK!

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

 Aisy Naadim dah tidur,nira bagi dia tidur dalam buai,sebab kalau dia tidur bawah,nak sekali dengan nira ada..kalau tidur bawah,memang tak dapatlah nira nak buat kerja.. dia jenis yang mudah terjaga..nak kita peluk memanjang.  

Petang yang lalu,nira bawak anak-anak pusing tanam kat kawasan perumahan ni..and letak Naadim dalam stroller. Malas nak dukung,berat wooo..hihihi.. so adalah jiran ni tanya nira,"eh Naadim tak boleh jalan lagi ke? berapa dah umur dia? Nira pun cakaplah 10 bulan plus-plus. Dia sambung lagi.."oh,lambat ye boleh jalan,merangkak je ke? anak kawan akak,4 tahun baru boleh jalan..sebab lutut tak kuat,sayik mengesot je.."

Nira senyum je,malas nak menjawab.. kalau tak nak je jawab "baru 10 bulan"..tak masuk setahun lagi.. Naadim memang suka merangkak,tapi dia dah boleh meniti..bukan tu je,siap panjat-panjat lagi.. cuma,dia takut nak jalan..huhu. bila ummi lepas tangan dia,terus dia duduk! Sabor je laaaaa.. sampai masanya nanti,berjalan lah dia tu.. 



Kenapa nira suka bagi Naadim merangkak? Ha,baca ni ye.. and yang penting pekakkan telinga walau orang nak cakap anak kita apa dan senyum je.. *terapi paling mudah*. Juga jangan nak comparekan anak kita dengan anak orang lain. Nanti stress tetiba!

1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.


2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.


3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.


4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.

5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat.  Aktiviti merangkak meningkatkan pengeluaranmyelin, bahan yang melapisi sel saraf yang membantu otak menghantar dan menerima mesej lebih cepat dan jelas. Merangkak akan merangsang pula bahagian otak 'menerima' dan 'ekspresif'.


6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.
 7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.

8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.



Jadi, biarkanlah si manja korang merangkak sepuasnya sebab ia sebenarnya salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan! Ingat! Jangan compare anak kita dengan anak orang ye. :))

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋



Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016