Wednesday, 14 October 2015

Anemia : Ibu Hamil Perlu Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Anemia biasanya terjadi apabila darah kita tidak cukup sel darah merah untuk bawa oksiden ke tisu badan kita. Ibu hamil juga berisiko untuk dapat anemia.

Semasa hamil, kebiasannya badan kita hasilkan lebih darah untuk bantu perkembangan bayi dalam kandungan. Apa yang bantu ibu hamil untuk hasilkan lebih darah? pastinya nutrien penting dalam pemakanan termasuk zat besi dan nutrien lain.Jika ibu hamil tidak dapat zat-zat itu, maka badan tidak dapat hasilkan darah yang lebih.


Jangan takut jika anda hamil dan mempunyai anemia. Anemia sederhana adalah normal. Namun begitu, ibu hamil berisiko menghadapi anemia yang lebih teruk jika kekurangan zat besi dan nutrien lain.

Anemia akan menyebabkan ibu hamil berasa mudah penat dan lemah. Jika keadaan ini tidak diatasi segera, ia mampu menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti kelahiran bayi pra-matang.


3 Jenis Anemia Ketika Hamil
  1. Anemia kekurangan Zat Besi
  2. Anemia kekurangan Folate
  3. Anemia kekurangan Vitamin B12

1. Anemia kekurangan Zat Besi


Anemia jenis ini berlaku apabila ibu hamil tidak mendapat zat besi untuk hasilkan cukup hemoglobin (hB) dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.

Anemia kekurangan Zat Besi menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup ke tisu badan.

Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil .

2. Anemia kekurangan Folate.


Folate atau nama yang sering kita biasa dengar adalah Asid Folik. Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Badan memerlukan folate untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel-sel darah merah yang sihat.

Semasa hamil, wanita memerlukan folate yang lebih, biasanya tidak cukup dengan sekadar dari diet sehari-hari. Disebabkan ini juga, badan kita tak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke tisu seluruh badan.

Kekurangan folate juga boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal (spina bifida) dan kekurangan berat badan bayi.

3. Anemia kekurangan Vitamin B12


Badan kita perlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Seorang wanita mengandung yang tidak mendapat Vitamin B12 yang cukup tidak dapat hasilkan sel darah merah yang cukup. Biasanya ia berisiko kepada wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan telur. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang/ tidak cukup bulan.

Siapa yang mempunyai risiko yang lebih mengalami Anemia

  • Wanita yang mengandung kembar
  • Wanita yang jarak mengandung dekat dengan terdahulu
  • Wanita yang kerap muntah kerana alahan
  • Wanita remaja yang mengandung
  • Wanita yang tidak makan makanan yang cukup dengan zat besi
  • Wanita yang ada anemia sebelum mengandung lagi

Apakah Yang Di Sarankan Dengan Produk Shaklee?

shaklee bachok

ESP : membekalkan protein yang membantu untuk pembentukan tisu bayi,selain bagus untuk menguatkan otot rahim...elak keguguran dan beri tenaga kepada ibu.

OSTEMATRIX : membekalkan kalsium yang diperlukan dalam pembentukan tulang bayi..elak sakit badan dan cramp yang kerap berlaku kepada ibu hamil.


B COMPLEX WITH ACID FOLIC : membekalkan vitamin B yang diperlukan untuk pembentukan saraf bayi..elakkan daripada kelahiran pra matang dan kecacatan kepada bayi.


VITALEA  IRON FORMULA : multivitamin yang tinggi kandungan iron menstabilkan hemoglobin dalam badan ibu..elak dari risiko hB low.


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C : tingkatkan imunisasi ibu daripada mudah terkena penyakit selain membantu mengurangkan rasa loya.


Harga mampu milik dan tahan lama. Jika berminat nak mencubanya boleh contact nira.

♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋

Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016