Tuesday, 18 August 2015

SuSu Ibu SaNGat LuAR BiAsA

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Biasa isu cenggini sangat sensitif..sebab ada yang tak de rezeki untuk menyusukan bayi ekoran ketiadaan susu dan beberapa faktor-faktor lain. Tapi,nira saje nak share kebaikan susu ibu,takde niat apa-apa pun sebab risau di salah tafsirkan oleh segelintir ibu-ibu kat luar sana. =)

Wanita hari ini lebih ramai yang berkerjaya, menjadikan mereka agak sukar untuk terus fokus menyusukan si comel. Usaha dulu walau kadang susu badan makin berkurang kerana tekanan kerja , namun selagi anda tidak berputus asa, rezeki untuk anak pasti ada. 
 
 
Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi setiap bayi kerana dari situ bayi mendapatkan nutrisi dan juga sistem imunasi tubuh yang baik. Tahukah anda bahawa menyusu bukan hanya bagus untuk si bayi tetapi info ini menjelaskan bonus lain untuk kaum ibu...
 

1. Berat badan cepat turun

Tak perlu beli produk untuk kurus, kaum wanita boleh hilangkan lemak dengan cepat jika fokus menyusukan anak, terutama di bahagian pinggul dan pinggan. Ya, tidaklah terus nampak tetapi kesannya mesti ketara. Paling penting jangan terlalu trauma apabila lihat badan naik. 
 
 

2. Bebas dari pelbagai penyakit

Ibu menyusui akan mengalami risiko lebih rendah terkena osteoporosis dan juga gangguan tulang. Proses menyusu juga menurunkan risiko terkena kanser payudara hingga 25%. Risiko ini akan menurun seiring dengan durasi anda menyusukan si bayi.
 
 

3. Dapat jarak anak

Menyusu melambatkan proses ovulasi dan juga sekali gus berfungsi sebagai jarak untuk dapat anak secara alami. Selama anda menyusu bayi, anda akan kurang subur dan jauh dari risiko hamil lagi.
 
 

4. Tenangkan emosi

Bukan hanya bagus untuk fizikal tetapi susu ibu juga sangat berkesan kepada emosi dan mental. Malah ibu yang menyusui akan lebih tenang dan tidak mudah rasa stres.
 
 

5. Selamat dari kanser ovari

Ketika menyusu, tahap estrogen pada tubuh akan menurun. Ini akan mengelakkan kaum wanita terkena kanser ovari.
 
 
 
Begitu bagus susu ibu untuk anak dan kesan penyusuan kepada kaum ibu. Selain bagus untuk kesihatan, anda juga mampu berjimat daripada terus membeli susu formula yang semakin mahal, bukan? Ok, selepas ini kaum wanita boleh terus berusaha untuk memberi si kecil susu badan ekslusif sehingga 2 tahun. 


KEGIGIHAN SEORANG IBU DALAM USAHA MENYUSUKAN BAYI BELIAU.

Tulisan original by Linda Lindosh



Frozen EBM #ayeshairdinapunya yang dah expired lama. 50+ oz je tinggal. Tapi mama sayang nak buang titisan emas yang berharga ni. Petias dah takda ruang lagi.

Mama struggle gila zaman mengepam dulu. 1oz. 2oz. 3oz. 4oz. Mama ni "keturunan susu sikit/tak ada susu". tapi semua tu bukan penghalang mama tak boleh susukan ayesha. sebab dah nekad dari mengandung lagi.

Lepas bersalin beli sampai 3 jenis pam. 2 pam manual. tak menjadi. setitik dua titik je keluar. ada bunyi² kata.. "susu hang sikit tu macam mana nak bagi anak minum". "nanti anak tak berkembang besar sebab tak cukup susu". Airmata ni tak payah cakap lah. Sedih sangat. walhal anak tu kecil lagi demand masih sikit.

Mama tetap berpegang konsep demand n supply. dimana ada permintaan disitu ada pengeluaran. ilmu breastfeeding sangat luas. Walaupun gagal menyusu seminggu pertama, mama tak pasrah n berserah. Bangkit semula.

Doa betul-betul menangis minta Allah permudahkan perjalanan penyusuan bersama Ayesha. Mama nekad directfeed ayesha. Sorok semua botol dan dan sorok susu formula. Taknak tengok! Benci. Memula memang ayesha reject. Mama tak mengalah lama-lama sampai ayesha sendiri mengalah nak susu mama je. Yang lain taknak dah.

Nangis? Memang nangis. Tapi mama kena kuat. Baby nangis bukan sebab susu je. Maybe ada benda lain yang dia tak selesa.

Memang biasakan directfeed sepanjang pantang sebab nak meransang pengeluaran susu lebih banyak lagi. directfeed lagi bagus dari mengepam dan bagi botol. Baby punya sucking tak boleh lawan dengan pam. Nanti dah masuk kerja tak boleh mengempeng 24jam.. bonding ibu dan anak tu yang paling best masa pantang. Peluk cium bau syurga 24jam.

Lepas habis pantang mama beli pam lagi. kali ni double pump Rumble Tuff je yang mampu. Ada juga yang soal "nanti susu tak ada macam mana?" "nanti membazir beli sebab pakai kejap" Mama keringkan hati pekakkan telinga je. Mama beli pam guna duit sendiri.

Apa-apa hal buat dulu, beli dulu, usaha dulu. Doa baik-baik. Fikir positif. Mama nak buat stok susu untuk ayesha. Sebab cuti bersalin dah nak habis mama belum buat stok sebab masalah "susu setitik je" bila pam. Bila directfeed ok je. Mama tahu susu cukup.

Rumble Tuff banyak berjasa dengan mama. Untuk permulaan mama dapat 1.5oz. Ya Allah happy tu tak payah cakap. Syukur. Usaha lagi next session dapat 2oz. Mama terus usaha buat Power Pumping tengah malam. Zikir tak henti masa mengepam. Pam lagi dan pam. directfeed diteruskan. Usaha cari milkbooster juga. Lain orang lain milkboosternya. Emosi kena jaga. kalau stress susu malu nak keluar.

Alhamdulillah dapat juga capai 2.5oz. 3oz. 4oz satu sesi. Siapa cakap mama tak ada susu? Tinggal usaha dan minta doa kat Allah banyak² je. Kalau dapat 5oz satu sesi memang rasa heaven sangat walaupun jarang. Kan saya ni "keturunan susu sikit" katanya.

Belum lagi dugaan mengepam dan stok susu tak cukup masa kerja. Mama syukur abah ayesha support mama dalam penyusuan susu ibu ni. Kekadang mama mengepam kat tempat kerja masa lunch nanti dia collect susu kat ofis hantar pulak susu dekat tok kiah ayesha. Boleh dikatakan kerap lah aktiviti collect n hantar zaman stok merudum. Memang ayesha dapat susu fresh je masa tu.

Ada masa mama ambil cuti 2 hari sambung weekend untuk topup balik stok yang kurang. Ikut jadual mengepam dengan disiplin. Sehari kena pam 5-7 kali. Memang kena rajin. Kalau datang malas 3 kali je pam sehari memang tak cukup lah susu.

Sebab tu kena bangun tengah malam juga. Tengah malam pengeluaran susu memang meriah. Mama kerap juga tandem nursing. ayesha sebelah. pam sebelah. Sekali sekala kalau takda pam marmet kan aje. kalau tau teknik marmet memang jimat sangat. Tapi lenguh tangan lah hihi. Gigih sangat.

Rindu pulak zaman mengepam dulu. Ayesha dah tak guna botol. Hanya directfeed je sekarang. Tapi lagi best bila dapat directfeed. Ni semua rezeki dari Allah.

Jika dapat 6 bulan pun dah syukur. Yang penting baby dapat susu 6 bulan pertama tu je. Tapi rezeki mama susukan ayesha dilanjutkan lagi setahun dan setahun lagi. Hak penyusuan 2 tahun mama berjaya laksanakan dengan izin Allah. (surah baqarah ayat 233).

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Harap bakal ibu dan ibu yang dah bersalin tengah struggle, confused, stress nak susukan anak, susu sikit. tak dapat sokongan keluarga harap kuat, hati kena kental, jaga emosi. kalau serius nak bf anak. Cari ilmu gali dan gali lagi. Cari orang keliling kawan-kawan yang berpengelaman. Banyak support group kat fb. Jumpa pakar laktasi. Paling penting mindset kena positif. Sokongan suami paling penting.

Ok. susu ebm ayesha dah cair. Nak buang ke? sobs. Ayesha dalam proses wean off. Nak wean off pun tak sampai hati. Hanya mak-mak yang berada situasi ni je faham. Tsk.


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016