Tuesday, 4 August 2015

Shaklee Bachok : Biskut Coklat Kegemaranku

Assalamualaikum dan Salam Sayang 


Nira percaya semua masih dalam "mood berhari-raya" kan? Maklumlah puasa sebulan,raya pun haruslah sebulan kannn? Takpe-takpe, sebab nira sendiri pun masih dalam mood hari raya. Banyak juga jemputan open house minggu ni. Kalau takde aral,in sha Allah akan cuba memenuhi jemputan. =)

Semalam,baru start puasa enam dengan mak mertua. Sebenarnya dah plan lepas raya haritu terus nak buat puasa enam, tapi tertangguh. Lepas sehari,sehari.. jadi,semalam kami berdua bangun sahur. Alhamdulillah,bertenaga dan cergas je walau menyusukan si kecik. 

Petang semalam terasa tekak ni makan makan biskut coklat atau lebih femes orang gelar kek batik. Kek batik ni salah satu feveret,tapi sebab tak berapa nak pro buat,tak jadilah feveret..sebab asyik tak jadik je. Menyampah pulak setiap kali buat mesti keras. hahahhaa (gelak kat diri sendiri sebab benda senang pun tak pro!).

Tapi,semalam cuba guna resipini,alhamdulillah menjadi! Entah kali ke berapa baru nak jadik. Tapi,takpelah orang cakap praktis make perfect.. (betul ke?)


Agak-agak nampak menggoda tak coklat tuuu? auwwwww ..
meh nira kongsikan resipi yang nira buat. kalo nak copy dan try pon boleh.. ;)

300 gm butter
3 cawan milo
3 sudu makan serbuk koko
1 tin susu pekat (boleh kurangkan jika tak suka manis)
biskut marie secukupnya.

Cara-cara :

1. Panaskan butter. Bila dah cair masukkan susu pekat. Kemudian kacau kejap.
2. Lepas tu,masukkan serbuk koko dan milo. Masukkan sikit-sikit nanti berketul pulak.
3. Alaskan kertas minyak dulu dalam loyang. Tak nak bagi biskut melekat dan bila nak keluar susah (pengalaman sendiri) heeee.
4. Nira susu biskut marie dala loyang. Nira tak patahkan sebab bila potong tak cantik.. dah pernah patah-patahkan,nak potong tu terabur biskut tu..ni guna teknik menyusun je biskut marie. Nampaklah cantik sikit.

heeee,nak cuba? Sila lah.. =)

Ohyaa,sebelum terlupa,kalau korang berada di tempat di bawah,bolehlah join Sambutan Hari Raya yang Shaklee adakan. In Sha Allah nira juga akan menghadirkan diri pada 15 ogos 2015 di Crown Hotel,Kota Bharu. 



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋


♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016