Saturday, 15 August 2015

Set Gastrik by Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Gastrik.. Makin lama makin ramai yang kena gastrik. Tidak kira jantina, lelaki, perempuan, semua boleh kena. Makan tak tentu masa dan makan benda tak khasiat punca yang menyebabkan ramai kena gastrik.

Biasanya orang yang kena gastrik akan rasa :

  • sakit perut, senak, berangin atau pedih
  • tidak selesa, kembung dan sedawa berulang kali
  • rasa loya, muntah
  • hilang selera makan

Bagaimana boleh terkena gastrik?


Sel perut kita akan hasilkan asid hidroklorik. Tujuan asid ni untuk cernakan makanan. Asid ni kuat,boleh hakis tangan dan kulit kalau terkena. 

Perut kita pula ada lapisan perlindungan. Lapisan mukosa namanya. Lapisan ini melindungi perut kita dari terhakis dengan asid hidroklorik ni.

Bila jus asid terlalu banyak, lapisan mukosa ni akan terhakis. Itu yang menyebabkan kena gastrik.

 8 Makanan yang boleh ubati gastrik


1. Halia
Halia memang sangat sesuai hilangkan gastrik. Ia boleh bantu masalah tak lawas juga. Jika nak elak rasa sebu dan angin, kunyah sedikit halia segarselepas makan.

Anda juga boleh minum campuran secubit serbuk halia ditambah garam batu. Anda boleh tambah hirisan halia dalam makanan. Salah satu cara paling baik untuk kawal gas dalam badan adalah dengan minum teh halia.

Cara buat teh halia - tambah 1 sudu kecil halia yang telah dikisar dalam air dan didihkan untuk beberapa minit. Minum 2- 3 kali sehari untuk buang angin dalam badan.

2. Soda penaik 
Soda penaik boleh legakan perut dari angin dengan cepat. Minum satu gelas air suam yang telah dicampur 1/4 sudu kecil soda penaik. Campuran air ini adalah petua lama untuk angin dalam perut.

Tambah secubit soda penaik ke dalam jus lemon segar. Ia bertindak sebagai antacid dan kelegaan cepat dari angin.

3. Cuka Epal
Cuka Epal adalah petua semulajadi yang berkesan untuk beberapa masalah kesihatan. Ia memberi kelegaan segera untuk angin dalam perut dan membantu mengatasi masalah pencernaan.

Ambil segelas air suam dan tambahkan 2 sudu cuka epal dan biarkan dalam suhu bilik. Minum campuran ini untuk dapatkan kelegaan dari masalah gastrik.

4. Kulit Kayu Manis
Herba ini juga salah satu petua hilangkan gastrik. Didihkan kulit kayu manis dengan sedikit air dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum minum. Ia akan bantu elak perut masuk angin.

Anda juga boleh campurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam segelas susu suam atau tambahkan sedikit dalam campuran serbuk kayu manis sebelum minum.

Teh Kulit kayu manis boleh legakan perut berangin. Hanya tambah sedikit serbuk kayu manis ke dalam air panas dan biarkan sejuk sebelum minum.

5. Jintan Manis
Jintan manis sesuai untuk pelbagai masalah kesihatan seperti masalah pencernaan, perut berangin dan senggugut. Ia boleh bantu masalah pencernaan kalau biasakan untuk diminum. 

Tambah satu sudu teh jintan manis dalam air mendidih untuk dijadikan teh. Biarkan ia terendam dalam air seketika. Tapis jintan manis dan minum air itu sebelum makan. Minum 3-4 kali sehari untuk kesan lebih baik. 

Kunyah sedikit jintan yang telah dibakar/disangati setelah dicampur sedikit garam batu juga boleh hilangkan angin dalam badan.

6. Bawang Putih
Bawang putih boleh legakan perut dari angin dan gastrik. Baunya dan rasa 'hangat' bawang putih boleh bantu pencernaan makanan lebih baik dan lega dari angin. 

Jika anda rasa perut berangin, cuba buat sup bawang putih. Guna bawang putih segar untuk kesan lebih baik. Ambil 2-3 ulas bawang putih dan bakar atas api secara terus. Tak perlu kupas. Boleh terus di makan. 

Untuk jadikan sup, tumbuk sedikit bawang putih dan campur sedikit air, lada hitam dan jintan putih. Didihkan seketika. Tapis semua bahan dan biarkan sejuk. Minum sup bawang putih ini 2-3 kali sehari untuk kesan lebih baik. 

7. Peppermint
Masalah angin boleh dirawat dengan peppermint,Teh Peppermint adalah salah satu cara untuk legakan angin dalam perut. Untuk buat teh peppermint, letakkan daun peppermint segar dalam air dan didihkan. Tapis airnya dan tambah madu sebagai perisa. 

Minum teh herba ini 2-3 kali sehai. Mengunyah daun peppermint segar juga boleh bantu buang angin. 

8. Biji Pelaga
Biji ini selalu kita tambah dalam masakan, tetapi ia juga herba yang boleh bantu legakan angin dan gastrik dalam perut. 

Ambil secubit serbuk biji pelaga dan tambah ke dalam lauk atau nasi. Kunyah sebiji biji pelaga juga boleh atasi masalah angin. Seperti juga teh herba yang lain, biji pelaga boleh dibuat teh dengan mendidihkan air panas beserta beberapa biji biji pelaga ini.

SET GASTRIK by SHAKLEE 

SHAKLEE BACHOK


Bagaimana Set Gastrik ini berfungsi?


ESP (Energy Soy Protein)
Iaitu protein berasaskan soya sangat bagus untuk pesakit gastrik. Kerana kacang soya mempunyai tahap pH iaitu kealkaliannya yang tinggi dan ia sesuai untuk meneutralkan perut yang berasid disebabkan asid hidroklorik.
ESP juga bertindak sebagai untuk menggantikan sel-sel yang telah terhakis dan digantikan dengan sel-sel yang baru.


Ostematrix
Mengapa pesakit gastrik perlu mengambil susu? Kerana bagi susu lembu adalah kurang keasidannya iaitu 6.4-6.8 pH menghampiri tahap pH neutral.
Dan ostematrix Shaklee mengandungi kalsium bagi mereka yang tidak gemar minum susu.


Peppermint Ginger Plus
Mampu untuk mengurangkan ketidakselesaan perut disebabkan kembung, rasa mual atau loya disebabkan mengandungi halia, jintan hitam, dan jintan manis. 

♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016