Wednesday, 12 August 2015

Sebuah Basikal

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Sebuah basikal.... entah kenapa nak cerita pasal ni....Sebenarnya adacerita di sebalik sebuah basikal..

Masa tu nira darjah empat. Pergi dan balik sekolah arwah ayah yang hantarkan. Tengok kawan-kawan pergi sekolah naik basikal teringinlah diri ni jugak.. Pernah menangis kat arwah ayah cakap nak jugak basikal. Katanya boleh,tapi kena belajar pandai-pandai.

Biasalah budak-budak,kalau dah buat janji memang tu je ingat. Arwah ayah cakap,kalau dapat tempat pertama hingga ke sepuluh dalam peperiksaan,dia akan belikan nira sebuah basikal. Happy tahu bila ayah cakap macam tu. Benda yang kita nak kan..

Tibalah waktu peperiksaan dan dapat keputusan. Masa tu dah lupa bulan berapa,tapi rasanya sebelum bulan April 2000. Lepas cikgu bagi result,bawak balik tunjuk kat ayah. Bagitahu dia,kakak dapat nombor bagus dalam peperiksaan (lupa la nombor berapa,tapi bawah dari sepuluh). Pandai lah jugak kan? heheheee..

Ayah pun cakap,baiklah,akan belikan basikal untuk kakak. Tapi,sabar ye. Tunggu gaji. Kita ni bukan main gembira dah nak dapat basikal baru. Excited you. Yela,bila ada basikal dapatlah pergi sekolah dengan kawan-kawan. Kayuh bersama-sama. Best!

Belum sempat ayah belikan basikal..Pada 03 APRIL 2000, ayah tinggalkan kami sekeluarga. Bukan sehari dua,tapi buat selama-lamanya. Masa tu budak-budak lagi,nanges cakap kenapa ayah tinggal kakak,kenapa tak sayang kakak.. Sedih.. Sekarang dah 15 tahun arwah ayah tinggalkan kami,tapi janji yang ayah nak beli basikal kat nira masih ingat. Bukan apa,kenangan terindah buat nira..

Arwah ayah sangat baik. Dia jarang pukul anak-anak. Kalau anak-anak buat salah,dia akan nasihat secara berhemah dan lembut. Pernah sekali ponteng fardhu ain.. Masa tu tengan jalan kaki nak pergi umah kawan, ayah jumpa kami kemudian ayah ajak balik umah. Masa kat atas motor,ayah cakap kenapa buat maca ni. Nanti mak marah. Ayah tak pukul pun,tapi nasihat. 

Begitu cepat masa berlalu,pejam celik,pejam celik dah 15 tahun arwah ayah tinggalkan kami. Mesti ayah bahgia tengok cucu-cucu dia jika dia masih hidup. Sebab cucu dia sekarang ramai lelaki. Anak sendiri sorang je. Tapi,perancangan Allah terbaik dan DIA dah susun cantik-cantik buat hambanya.

Allah,betapa rindunya nira kepada arwah. Nira tak sempat lagi nak balas jasa beliau. Tak sempat beri kejayaan nira kepada nira. Apa yang nira harapkan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.


Ya,nira tak sempat untuk membahagiakan arwah ayah kerana dia pergi sebelum nira besar. Tapi,nira akan cuba bahagiakan mak nira. Nira akan berikan yang terbaik di usia dia yang begini. Semoga Allah permudahkan segala urusan nira. Amin

Nira yakin,ada ganjaran yang hebat menanti di depan sana jika nira usaha dan tawakkal. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang setimpal. In Sha Allah kejayaan itu akan dimiliki tak lama lagi. =)

Okaylah,cukup 3 entry untuk hari ini. Esok nira sambung berblog pulak. Kat rumah ni hujan,line pun kejap ada,kejap hilang. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi jengah dalam blog nira yang tak seberapa ni.

Selamat Malam =)

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016