Saturday, 15 August 2015

MaNfaAt MAdU dAn KuLiT KaYu ManiS

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Haiiii semuaaaaa..hari ni last syawal. So lepas zohor tadi,nira ada pergi event SHAKLEE RAYA. Ajak adik teman sebabasben kerja. Asalnya nak bawak anak-anak,dan ajak abang ipar pergi. Tapi,mak mertua cakap,risau si naadim nanges pergi tempat macam tu. So ajak adik lah pergi.Banyak event menarik yang dianjurkan..antaranya adalah lucky draw,best dress,pertandingan pakai samping (wanita yang terlibat),dan lilit shawl (lelaki yang terlibat). Hahahaaa,yang lilit shawl memang lawak gila. Pakcik-pakcik memang sporting habes. 

Makanan kat sana pun best-best. Kenyang perut betul lah. Yang best 5 orang yang bertuah daat COLLAGEN POWDER. Huwaaaaa,kita tak dapat. Kocik atiiii tauuuuu.. Dah-dah,takyah nak fikir sangat..dapat join event tu pun dah bertuah sebab dapat makan FREE kat hotel. hiks!
Okay la,dah naadim tidur nih,nira siapkan entri ketiga untuk malam ni. So,malam ni nira nak share apa kebaikan madu bila di campurkan dengan kulit kayu manis. Apa manfaatnya. Jom kita lihat.



Umum sedia maklum madu terkenal sebagai bahan yang berkesan mencegah pelbagai penyakit jika sentiasa diamalkan. Ia juga adalah makanan sunnah Rasulullah s.a.w.
Selain dari itu madu asli jika dicampurkan dengan serbuk kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi mencegah pelbagai penyakit. Jika anda mengamalkannya selalu, inilah hasil yang akan diperoleh.
Merawat jerawat di muka.
Campurkan tiga sudu madu asli dan satu sudu kayu manis. Sapukan campuran bahan itu pada muka (yang berjerawat) sebelum tidur. Bersihkan wajah anda dengan air suam pada keesokkan pagi. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut. Ia membantu menghilangkan jerawat bahkan kulit akan terasa lebih segar dan awet muda.
Masalah keguguran rambut
Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.
Masalah penghadaman
Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.
Sistem imunisasi
Amalan pengambilan campuran ini mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria. Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.
Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.
Masalah kesuburan
Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

Haaa,banyak betul kan manfaatnya. Kalau rajin bolehlah cuba-cuba buat yek. Cukuplah untuk entri ni..kita jumpa lagi ye. Selamat Malam!

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016