Sunday, 9 August 2015

Kesan Sampingan Selepas Amalkan Collagen Powder

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Collagen Powder,memang nira teringin sangat nak try..Tapi tak dapat try lagi.. Haritu masa cabaran tulis blog,nira mengandung dan nira dapat hadiah tempat pertama,so upline tukarkan kepada ESP dan Meal Shakes. Harap-harap cabaran kali ni,nira dapatlah rezeki Collagen Powder ni pulak. Aminnnn..aminnnn.. Memang rata-rata yang amalkan Collagen Powder,kulit dorang gebu gebas,putih,licin,anjal dan cantik! Jeles tau... Huuuuhu.

Bagi yang baru menjengah ke dalam blog nira,nira perkenalkan dulu serba sedikit Collagen Powder. Mana la tau lepas baca,ada yang berminat nak cuba ke.. siapa tahu kannnnnn?

APAKAH KOLAGEN?

Collagen ni ibarat macam glue atau rubber band yang menjadi rangka sokongan dalam badan kita. Ia wujud di dalam kulit,rambut,kuku,ligamen,otot,tulang,sendi,tendon,mata,gusi dan saluran darah.

So,bila badan kita cukup collagen,ia dapat membantu KEKUATAN dan KEANJALAN organ-organ badan kita ni.

KOLAGEN MAKIN BERKURANG APABILA USIA BERTAMBAH

Kolagen dalam badan akan mulai susut apabila berusia 25 tahun. Bila masuk usia 30 tahun,memang ramai orang akan nampak lebih tua dari usia sebenar!

Seperti yang dikatakan tadi rubber band akan hilang elastiknya dan daya bila semakin lama digunaka.
Begitu juga dengan collagen dalam kulit kita,makin berusia,makin banyak collagen dalam badan akan hilang dan akan mengakibatkan kulit menjadi kendur.

Itu dari aspek kulit. Begitu jugalah kandungan kolagen di dalam otot dan sendi contohnya. Semakin berusia,semakin kita jadi kurang berupaya dalam melakukan aktiviti lasak yang memerlukan kecergasan yang tinggi. Kekurangan collagen juga menjadi salah satu faktor permasalahan ini.

Oleh kerana itu ada juga golongan 50-an yang pada mulanya makan collagen untuk nampak lebih muda melalui kulit wajah,namun dapat kesihatan pergerakan sekali. Alhamdulillah! Bonus kannnn..

APAKAH FAKTOR KEKURANGAN KOLAGEN?

Antara lainnya adalah gaya hidup kita sekarang. Semua orang sibuk nak gaya hidup moden kan? Sekarang ni,apa yang dapat saya lihat,masyarakat sentiasa berada di bawah tekanan (stress),tidur tak cukup,diet tak seimbang. Nak beriadah pun tak sempat. Memang sah-sahlah kurangnya aktiviti fizikal. Di pejabat pula,duduk dalam keadaan berhawa dingin. Nak selesakan. Jadi terimalah akibatnya yang membantu lagi penurunan kadar kolagen dalam badan kita.

Tambahan pula masalah pencemaran yang berleluasa sekarang ni. Udara,air,tanah semuanya dah tercemar. Ngeri oiii...

TANDA-TANDA PENUAAN KULIT.


  • kulit menipis
  • kedut-kedutan
  • kulit hilang keanjalan
  • warna kulit tak sekata
  • jeragat
  • mudah dijangkiti penyakit
Jadi yang nampak muda remaja dan sentiasa sihat bertenaga,tak semestinya dia cucuk botox ye.. mungkin badan dia cukup collagen..hikhiks!

So,macam mana nak tambah collagen dalam badan?

APA PILIHAN YANG ADA?

Kita boleh ambil daripada tiga sumber di bawah :

1. Tumbuhan

- kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral.

- molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk di serap oleh tubuh manusia.

2. Haiwan

- kebanyakkan di ambil dari kulit ayam atau lembu.

- risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi ( cth penyakit lembu gila)

3. Ikan

- sisik ikan mengandungi kolagen yang tinggi.

- mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia.

- molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi kedalam tubuh manusia.

- ianya tulen dan kurang cemar.

Collagen Powder yang sangat digemari oleh wanita..



MAHAL KE COLLAGEN POWDER NI?

Mungkin ada yang cakap mahal. Ya,saya juga akui jika dibandingkan dengan collagen lain yang dijual dalam pasaran. Tetapi,jom kita kaji dan fahami kenapa ia mahal. Manakan sama permata dengan kaca kan?

1. Ia diperbuat daripada sisik ikan merah.

- Ikan merah hidup sehingga 5000m di dasar lautan dan bebas dari pencemaran. Sisik ikan merah ni mampu menahan tekanan dasar laut yang tinggi. Jadi,tak sama dengan ikan yang bersusun di pasar tu k. 

2. Bukan sekadar collagen

- Haaaaaaa inilah keistimewaan yang paling penting,kerana kita perlu memilih dengan bijak supaya setiap wang yang kita laburkan mempunyai nilai yang tinggi.

- Shaklee melengkapkan SCP ini dengan:-
  • ekstrak glukosamina sebagai pelincir sendi dan mata.
  • lactobacillus acidepilus untuk meningkatkan serapan kolagen.
  • ekstrak biji camellia japonica yang menghidrat dan membekal nutrisi kepada sel.
  • ekstrak pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat,penghasilan hormon dan untuk kekuatan dalaman (sexsual).
  • vitamin c sebagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh.
  • vitamin B yang berfungsi untuk menukarkan carbo dan lemak kepada tenaga (meningkatkan metabolik badan untuk penghasilan kolagen)
3. Terbukti berkesan dalam 8 minggu melalui ujian klinikal.

- SCP terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.

- Statistik  menunjukkan 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan selama 8 minggu.

KESAN SAMPINGAN SELEPAS AMALKAN COLLAGEN POWDER

testimoni 1

Testimoni 2




♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋





♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016