Monday, 17 August 2015

Kenapa Perlu Detoks Usus?

Assalamualaikum dan Salam Sayang 



Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda, sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?

Berdasarkan perangkaan, kanser usu adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat. Macamana nak dapatkan usus yang sihat? Kita kena Detoks usus kita supaya usus bersih dari bakteria dan kuman penyebab kanser.

Terdapat 10 kelebihan Detoks Usus selain mengelak kanser:


1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.

Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk. Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.


2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.
Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.


3. Meningkatkan tenaga

Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dandisalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien

Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.


5. Meningkatkan fokus.

Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya. Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.


6. Permulaan yang baik untuk kurus
Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.

Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser


8. Meningkatkan kesuburan.

Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.

Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang. 


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan. 

Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus. Ia adalah Alfafa Complex dan Herb Lax Shaklee.

♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋




Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016