Saturday, 8 August 2015

Kenali 6 Jenis Facial

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Haiiiiii,ni entri ketigaaa dahhhh.. Horreyyyy! Yabedabeduuuuuu.. Moga-moga internet ok ye..jangan main-main. Esok planning nak pergi survey yang streamyx pulak. Kalau bul bulanan cun dan okay,memang akan terminated dah yang maxis ni. 

Kali ni nak share tentang facial. Perempuan dengan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Nira memang suka bab-bab cantik ni.. nak-nak bersiap untuk suami. Dapat pahala tau. hiks!

Teknik facial tidak jauh berubah meskipun arus teknologi menjadikan kaedah facial lebih selamat,hygienic dan memberi manfaat terhadap kulit wajah. Faktor kebersihan tetap menjadi keutamaan apabila melakukan facial. Dengan urutan muka yang efektif juga menjadikan raut wajah kekal cantik dan tidak mudah berkedut.

shaklee bachok


Jom kita kenali 6 jenis facial.

1. Facial Biasa

Facial biasa dilakukan bagi tujuan pembersihan kulit yang tidak banyak bermasalah. Facial jenis ini menggunakan pencuci lembut,stim,masker,sedutan pada kulit menggunakan mesin menyedut,diakhiri dengan pemakaian pelembap atau krim pelindung sinar matahari. Proses mencuci seperti ini baik bagi meningkatkan perjalanan darah pada kulit muka dan membuang kekotoran dan menjauhkan kelenjar sebum yang tersumbat. Ia menjadikan kulit bebas dari ancaman bintik hitam,bintik putih dan juga jerawat.

2. Facial Vitamin C

Penambahan vitamin c seperti ini bertujuan memudakan kulit dan meningkatkan pembaik pulih kulit. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan ia juga mampu mencerahkan kulit.

Teknik facial sama seperti biasa. Kulit dicuci dengan pencuci yang lembut,kekotoran akan di buang,stim,masker dan sedutan dibuat. Akhir sekali vitamin C dititiskan semasa pori-pori masih terbuka dan mampu menyerap dengan aktif.

3. Glycolic Facial

Facial ini sesuai  bagi masalah jerawat yang serius. Asid glycolic merupakan asid lembut yang boleh masuk ke dalam kulit untuk membunuh bakteria serta ia juga mampu mengurangkan parut jerawat,menjadikan jerawat mudah sembuh. Biasanya doktor akan mencadangkan penggunaan gel glycolic sebagai sapuan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius. Gel yang boleh di gunakan di rumah ini mampu bertindak sebagai facial lembut yang mencerahkan kulit kita.

4. Facial Antioksidan

Antioksidan juga merupakan bahan penting bagi facial. Ia sesuai untuk kulit yang berpigmentasi. Kebiasaannya antioksidan jenis peptide digunakan kerana ia sesuai bagi semua jenis kulit. Prosedur facial tetap sama.

5. Microdermabrasion

Mikrodermabrasion merupakan facial yang agresif berbanding facial biasa. Dalam facial ini lapisan kulit dikikis sama sekali. Selepas kulit wajah dicuci dan dilembapkan,alat Mikrodermabrasion digunakan bagi menyedut dan membuang lapisan kulit yang telah mati. Terdapat dua jenis Mikrodermabrasion iaitu jenis kristal dan jenis berlian.

Mikrodermabrasion jenis kristal mempunyai agen berupa pasir halus dan pasir ini akan mengikis sel mati pad kulit muka. Sementara jenis berlian pula berupa pisau halus yang mampu mengikis lapisan pada kulit.

Kelebihan Mikrodermabrasion ialah bagi membersihkan kulit,meningkatkan mutu kulit,menstimulasikan kulit agar kulit baru dapat tumbuh dengan baik. Kaedah ini sesuai dilakukan sebulan sekali jika kulit bermasalah. Jika kulit sudah pulih maka boleh lah dikurangkan kekerapannya kepada dua hingga tiga bulan sekali.


Kaedah facial laser merupakan kaedah yang baik kerana ia menstimulasikan kulit dan membuatkan pigmentasi berkurangan. Laser yang tepat haruslah berpandu kepada jenis kulit dan masalah yang dihadapi seseorang. Masalah jeragat dan pigmentasi memerlukan laser yang boleh memecahkan pigmen. Masalah parut pula memerlukan laser yang sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit baru. Laser facial juga menjadi pilihan kerana ia mampu menghilang kedutan halus.

Okay, moga kita lebih tahu dengan lebih mendalam tentang facial. Jangan tau buat facial je,tapi tak tahu jenis..kikiki.. Okay,jumpa lagi next entri. Salam Sayang semua kepada pembaca nira... :))


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016