Monday, 17 August 2015

KeMPiSkAn PeRuT dALaM MaSa 15 HaRi

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Tengah gigih hapdet belog,rasa lapar lah pulak. Nak keluar makan tak boleh sebab si kecik nih tidur. Kejap-kejap dia tersedar nak nyusu. Ummi yang nak hapdet belog pun kejap-kejap kena stop menaip. Huuuhuuu. 

Haaa,untuk entri nih,nira nak share bagaimana buah-buah ni boleh bantu kita-kita semua kempiskan perut dengan cepat. Tapi kannn,kena lah konsisten. Baru nampak hasilnya. Kalo kejapkejap skip mana boleh. Sampai berbulan pun takdak nampak hasilnya. Ye ke idak? haaa,jawablah sendirik yek!

Maybe ramai yang tidak percaya dengan makan amal beberapa jenis buah, perut buncit akan jadi kempis. Namun ini adalah satu rahsia dan cara yang betul untuk anda dapatkan kesan lebih cepat. Berikut 5 jenis buah diet yang efektif membantu menghilangkan perut buncit jika anda rajin makan dalam 15 hari sahaja.
 
 

1. Tembikai

Buah kaya air ini akan membuatkan anda kerap buang air kecil, yang sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh badan yang menyebabkan perut kembung.


 
 

2. Pisang

Pisang yang kaya kalium/potasium boleh mencegah terbentuk gas di dalam perut atau membantu mengeluarkan angin. Pisang juga membuat perut kenyang sehingga anda mampu kawal makan berlebihan.


 
 

3. Avokado

Avokado kaya enzim lipase yang bagus untuk pencernaan, iaitu membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah angin di dalam perut.


 
 

4. Nenas

Buah nenas kaya enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut kempis. Buah nenas juga mampu membersihkan usus dari lemak yang berkumpul dan sisa lain di dalam pencernaan kerana jenis berserat. Malah nenas juga kaya kalium yang membantu membuang air yang ada di dalam perut.


 
 

5. Betik

Jika pencernaan bagus, perut anda tidak mudah kembung dan buncit. Kalau amal makan betik, sistem pencernaan anda tidak akan terganggu dan tahukah anda betik muda lebih banyak enzim sehingga mampu membersihkan sistem pencernaan.



 
Wanita, bukan mudah kita nak tolak tepi nasi. Tambah pula kalau jenis lidah Melayu. Namun kalau anda mahu perut kempis lebih cepat, kena pastikan 5 jenis buah ini ada di dalam peti. Buah-buahan tersebut juga sangat bagus dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat. 

Hope it helps! ~~

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋





♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016