Thursday, 6 August 2015

KANDUNGAN LUAR RAHIM ANCAM NYAWA IBU

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Nira yakin anda di luar sana pernah dengan kandungan luar rahim,atau pernah mengalami sendiri atau saudara terdekat mahupun sahabat handai yang mengalami situasi ini. Okay,jadi petang ni nira share kan serba sedikit apa yang nira tahu berkaitan kandungan luar rahim melalui pembacaan nira. =)

Kandungan luar rahim iaitu kehamilan ektopik terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus. Kandungan seumpama ini boleh mengancam nyawa ibu kerana berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak.

Bagaimana keadaan ini boleh terjadi? Kandungan luar rahim berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Dalam kes ini biasanya,telur tersebut akan tertanam di dalam salur fallopio atau lebih di kenali kilang telur (ovari). Kadangkala ada juga keadaan telur tersebut melekat dalam ruang abdomen. Kehamilan jenis ini perlu mendapatkan rawatan yang segera. Ibu jangan tangguh-tangguh ya untuk merujuk kepada doktor.

Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus,maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar. Besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut. Apabila keadaan itu berlaku,pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa ibu tersebut.


SIAPA YANG BERISIKO?

Kehamilan luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita,tetapi ada situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini seperti :

  • pernah mempunyai sejarah mengalami kandungan luar rahim.
  • berumur 35 tahun ke atas. Risiko hamil di luar rahim meningkat apabila umur semakin bertambah.
  • mengandung dengan alat IUD di dalam rahim sebagai pencegah kehamilan.
  • mengandung selepas menjalani rawatan kesuburan seperti IUI.
  • mempunyai masalah kesuburan.
  • mengandung setelah mempunyai sejarah pembedahan mengikat saluran peranakan.
  • endometriosis.
  • jika pernah menjalani pembedahan di bahagian abdomen atau pelvis.

SIMPTOM HAMIL LUAR RAHIM

Kebanyakan kehamilanektopik menunjukkan tanda pada minggu kelima hingga kelapan kehamilan. Jika anda hamil dan mempunyai tanda dan gejala berikut,segera berjumpa doktor :
  • sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut.
  • pendarahan faraj yang tidak normal dandarah berwarna lebih gelap daripada biasa.
  • sakit hujung bahu (disebabkan oleh pendarahan intra-abdomen).
  • kadang-kala cirit birit atau sakit ketika membuang air besar.
RISIKO KEPADA PENGHIDAP
  • Jika tiub-tiub fallopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim,maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama.
  • Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk,kebarangkalian untuk hamil adalah kurang,terutamanya jika tiub satu lagi tu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini,sama ada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh,bergantung kepada kes anda sendiri.
  • Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi. Risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku.
APAKAH PUNCA

Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan mempunyai risiko lebih tinggi untuk berlaku kandungan luar rahim dan juga bagi wanita yang mempunyai sejarah pernah menghidap inflamasi pada bahagian pelvik. Ini kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan salur fallopio. Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk melalui salur fallopio dan terus ke uterus.

Kita doakan yang terbaik untuk diri. Selebihnya serahkan kepada Allah. Apa yang nira harapkan,semoga entri ini memberi manfaat kepada pembaca di luar sana.. :))


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋




Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016