Sunday, 9 August 2015

Ibu Hamil : Kekal Cergas Dengan 6 LATIHAN ini!

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Bersenam ketika hamil mampu mempertingkatkan sistem pernafasan. Kegiatan senamam ringan selama 20 minit mampu mencergaskan diri. Ibu hamil tak boleh nak malas-malas tau,kena juga lakukan apa-apa aktiviti yang tidak membawa kemudaratan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Barulah sepanjang kehamilan cergas jeee.. 

KENAPA BAGUS BERSENAM PADA WAKTU HAMIL

  • Meningkatkan pemulihan selepas bersalin.
  • Mengurangkan kekjangan yang sering berlaku semasa mengandung.
  • Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin.
Jom nira kongsikan beberapa senaman yang ibu hamil boleh lakukan. Info ni nira dapat melalui pembacaan dalam majalah RAPI. Moga ianya bermanfaat buat ibu hamil ya.

1. SENAMAN LANTAI PELVIK

Semasa mengandung,otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Biasa ibu hamil akan mudah terkencing pabila batuk,bersin atau muntah, Jadi,senaman ni boleh bantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Boleh lakukan dalam kiraan enam saat,kemudian rehat dan sambung semulan.

2. MENAIKI TANGGA

Biasanya senaman ni kurang di minati oleh ibu hamil.. Sebab ia amat memenatkan dan boleh tercungap-cungap! Hahahaha. Senaman ni tak sesuai di lakukan pada awal kehamilan sebab bimbang rahim ibu masih lemah untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. 

Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

3. BERJALAN KAKI

Aktiviti berjalan kaki juga boleh mengeluarkan peluh dan meggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan dengan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Boleh dilakukan sebanyak tiga kali dalam seminggu. 

4. BERTINGGUNG

Beringgung seakan mencangkung,tetapi ia di tahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung,kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini dengan kerap yang anda mahukan kerana ia nya boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu merengangkan kaki.

5. LAKUKAN KERJA RUMAH

Yang ni rasanya semua dah biasa buat. Haa,jangan tak tahu,buat kerja rumah pun emrupakan satu senaman okay. Tapi,janganlah pulak melakukan kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Pastikan juga pengambilan air putih yang banyak setiap hari.



6. BERENANG

Antara senaman yang paling digalakkan kepada ibu hamil. Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

Sekian sahaja perkongsian untuk ibu hamil. Kalau tak nak lakukan semua semanan di atas,boleh pilih 1 atau 2 jenis. In Sha Allah,proses kelahiran juga akan mudah. 


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋





♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016