Monday, 17 August 2015

Haid Tidak Menentu Menyebabkan Kesukaran Untuk Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Semua wanita memang nak hamil dan nak menimang cahaya mata . Mereka sangat sensitif apabila ditanya dengan soalan berkaitan dengan anak. Tapi, bagaimana nak merancang jika haid pula tak stabil.


Mengapa pentingnya haid yang stabil?

Wanita yang didatangi haid setiap bulan adalah wanita yang subur. Haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan.

Ketika dilepaskan pada waktu subur, potensi wanita hamil adalah tinggi jika berlaku perhubungan suami isteri. Tetapi, jika haid tidak stabil, nak tentukan bila hari subur pun sukar.

Baru 5 hari habis haid, haid pada cycle seterusnya dah datang. Ataupun, haid berpanjangan sehingga berbelas hari sehingga mengganggu emosi. Hal sebegini mengurangkan potensi seseorang wanita untuk hamil.


APAKAH PUNCA HAID TIDAK MENENTU?

KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

BAGAIMANA PRODUK SHAKLEE BOLEH MEMBANTU UNTUK MENSTABILKAN PERIOD

PENGEDAR SHAKLEE BACHOK


1) Vitalea : Membantu sistem organ dan tubuh mendapatkan semua nutrien penting secara menyeluruh. Kandungan 28 vitamin dan mineral dalam multivitamin ini boleh bantu setiap sistem dan organ badan berfungsi dengan baik.


2) BCompleks: Membantu mengawal sistem saraf dalam badan dan mengurangkan stress. Stress adalah salah satu punca haid tidak stabil.


3) Vitamin C: Membantu meningkatkan imun badan dari serangan penyakit, membantu penyerapan iron yang melancarkan edaran darah. Edaran darah yang lancar menyebabkan oksigen dapat sampai kesemua sel dalam badan.


4) GLA : GLA membantu badan menstabilkan hormon terutama apabila hormon terganggu akibat pengambilan ubatan dan pil perancang. Hormon yang stabil membantu mendapatkan haid yang stabil dan teratur.

♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋





♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016