Thursday, 13 August 2015

DaH BeSaR dahh..

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Alhamdulillah, ni entri ketiga malam ni. Actually,tak tahu nak share apa tajuk yang bebas ni. Puas fikir tau. So,terlintas nak cita pasal anak-anak. Harap ada yang sudi baca ye. =))

Kejap je masa berlalu, dah besar dah anak-anak aku nih. Yang sulung dah 3 tahun 3 bulan. Yang kedua pulak dah 8 bulan. Oh nampaknya dah boleh ummi nak kasik adik kat si Naadim tu yep! Hahaaa. okay,melawak je.Tunggu lah Naadim besar sikit. Sekurangnya dah cerai susu. Myb masa tu Naadim dah 2 tahun. Kalau boleh nak lah yang ketiga ni gegel pulak. Bagi ada geng sikit dengan aku. Tapi kan,walau apa pun jantina anak ketiga nanti,aku terima. Rezeki dari Allah. 


Gambar kat bawah ni masa Naufal umur 11 bulan. Dia dah boleh jalan. Jenuh nak kutip sebab lasak sangat. Kejap-kejap tengok dengan "kemas" dalam bilik. Aduhai, kesian aku kena kawal dia je. Risau lah sebab budak-budak kan,kot pegang plug ke apa. Tak boleh nak tinggal sangat. 



Ni pulak dia masa umur 2 tahun 7 bulan.. Dah jadik abang. Dia seorang yang penyayang. Kalau sesiapa acah nak amik adik,memang dia akan menangis. Cakap tak boleh..tak boleh.. Tapi,adakala dia akn buli adiknya!




hobi dia bila petang jumaat.. Ayahnya akan bawak ke pantai. Kemudian berendamlah sampai dia puas! Seronok benar kalau dapat ke pantai. 

Ni anak kedua aku. Naadim. Budak ni keluar awal sikit daripada due. Mungkin tak sabar nak jumpa ummi dengan ayah dia. 


Susah sikit dia nak tidur. Biasalah,hobi aku..pantang free sikit snap gambar anak-anak. Buat kenangan katakan.. =))



Kedua-dua anak aku ni berbeza perwatakan. Cara keluar pun berbeza. Si abang keluar melalui jendela.. anak kedua pulak kuar ikut jalan. Hurm,kalau imbas kembali memang seronok dan ia adalah kenangan yang sangat indah.

Meh nak cita sikit. Moga tak muak nak baca yek!.

Abangnya terlebih due. Lewat 10 hari. Masa last checkup pada minggu ke 40 tu,masih takde tanda-tanda nak beranak lagi. Best sangat kot duk dalam perut aku tu. Dah pujuk suruh kuar,tetap tak mau. Masa tu doktor dah cakap dan bagi masa kat aku 2 hari lagi. Kalau takde tanda-tanda nak bersalin,kena refer ke Hospital. Huuuuhu..kena beranak paksa kot. 

Tapi pagi jumaat tu dah ada tanda-tanda..lepas solat subuh kami (mak mertua,suami) terus ke Hospital. Ingat nak beranak dah.. Rupanya sampai sana belum beranak. So,bersenang-senang lah kat sepital tu. Macam pergi holiday lah,nak balik memang tak boleh dah. Boring gila. 

Pagi ahad tu dah tanda-tanda nak beranak. Kena lah tolak ke dalam labour room. Kemudia 10 jam duk dalam tu,takde tanda-tanda nak beranak lagi. So,doktor bagi pilihan nak tunggu ke atau nak operate. Hurm,aku cakap operate jelah sebab kalau tunggu pun,jalan tak terbukak jugak. Risau baby kat dalam tu. Jadi,sebelum masuk bilik operation,mintak maaf kat suami dan keluarga moga Allah permudahkan semuanya. 

Masa kena operate memang sedar weyh. Rasa ni perut-perut kena korek sebab bius pun separuh badan je. Bukan semua. Masa tu zikir je. Tak ingat lain dah,ingat anak agar selamat. Alhamdulillah,selepas 10 minit semuanya selamat. Allah Maha Besar,tangisan pertama di dengar. Kuat kau dia nanges. Syukur!

Anak kedua pulak sakit hari khamis. Masa tu memang sakit pelik. Bagitahu kak sue dengan kak azah pasal sakit nih,dorang gesa suh call suami balik. Tapi aku bertahan. Sampailah petang. Pagi tu ulang alik masuk toilet je. Kejap-kejap nak buang air besar. Tapi,tak jadik pun. Malam tu mintak mak mertua masak kan telur masak separuh dan air milo taruk marjerin. Ingat kan nak beranak dah,tapi bila sampai sepital,cek baru bukaan 2cm. Weyh,baru tahu kontraksi macam ni..hahhahaaa.. kata je anak dah dua,tapi anak sulung aku tak rasa. Sebab jalan tak bukak. 

Jadi,seperti anak pertama.. pergi holiday dan cek in dalam sepital. Menyampah! Adik aku yang teman kan.. Ingat lagi,bila sakit..dia yang nanges.. Huhuuuu,aku rileks je beb. Sebab takkan nak nanges depan orang. Tapi,bila call laki,menanges macam budak-budak! Kihkihkih.

Kemudian hari senin pkl 12.30 pagi aku di tolak ke dalam labour room. Lepas tu dapatlah tidur kejap sampai pkl 3 pagi. Lepas pkl 3 pagi tu,sakit memang tak boleh cakap. Zikir je yang mampu. Doktor anggarkan aku akan beranak pukul 9 pagi. Tapi lepas asben jenguk dalam labour room,mintak maaf dengan dia dan mintak dia doa agar dipermudahkan bersalin,lepas dia kuar nak pergi kerja,terus beranak!Allah Maha Besar. Suami memang tak teman sebabbbb dia mabuk darah. Hahahaaa. Kang aku kalut nak meneren..dia yang pengsan. Confirm haru biru.. 

Alhamdulillah proses kelahiran sangat mudah.Semua dengan izin Allah. =))

Marah ummi bukan benci..tapi marah kerana sayang..Ummi doakan yang terbaik buat korang berdua. Ummi dan ayah sayang korang dan akan cuba jadi ibu bapa yang terbaik. Ummi mohon sangat bila besar nanti jadi anak yang berguna kepada kami,masyarakat. Taat perintah Allah dan Rasul. Amin..




♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋





♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016