Friday, 14 August 2015

Cantik dengan OAT!

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Perempuan nih,kalo bab cecantik semua sanggup buat. Sanggup labur wang walaupon kosnya tak masuk akal.Janji kulit cantik,slim dan sebagainya. Ni haaa,baru lepas makan,jadi adalah idea nak buat tajuk apa yang ketiga nih. Tengah online,tetiba cari info pasal oat dan kaitan dengan kecantikan. So,nira share kat sini ye. Nanti bolehla kita try cecantik dengan oat pulak. Jimat kos =)



Bahan semula jadi dan makanan boleh dijadikan sebagai bahan perawatan kecantikan yang mudah dilakukan di rumah. Kali ini kita pelajari petua kecantikan menggunakan bahan makanan yang terkenal tinggi fiber iaitu oat.
Ia boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berbaloi kan!
--> Rambut kusam
Wanita sangat menjaga kecantikan rambutnya tidak kira sama ada memakai tudung atau tidak. Kisar oat hingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit baking soda. Sapukan campuran tersebut ke rambut dan gosokkan hingga ke akarnya secara perlahan seperti anda mencuci rambut dengan syampu. Campuran oat dan baking soda membantu menyerap minyak dan membebaskan daripada masalah rambut kusam.
--> Skrub wajah
Oat juga boleh digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Butirannya yang lembut selamat digunakan untuk disapu ke kulit wajah. Hancurkan dua sudu besar oat dan tambahkan satu sudu kecil baking soda. Simpan campuran tersebut dalam bekas tertutup. Jika hendak digunakan, tuangkan beberapa sudu ke tapak tangan, tambahkan sedikit air dan sapu ke seluruh wajah. Gosokkan dengan lembut dalam gerakan secara melingkar selama 60 saat, lalu bilas.
-->skrub badan
Campurkan ¼ cawan oat, sesudu makan madu, dua sudu makan minyak zaitun. Kacau rata sehingga adunan sebati. Kemudian sapukan di seluruh badan dan gosok di kawasan degil seperti lengan dan kaki.
-->Masker wajah
Campurkan satu sudu makan oat dengan tiga sudu makan susu organik suam. Ketika gandum mengembang sedikit, tambahkan sedikit jus lobak merah dan vitamin A. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.
-->Penyejuk kulit
Kulit yang pedih terbakar matahari juga boleh dirawat dengan oat. Masak oat dalam air dan biarkan sehingga teksturnya hangat. Letak oat yang sudah masak ini dalam kain bersih dan tuamkan di kawasan kulit yang terbakar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.

Alhamdulillah..siap jugak entri ketiga neh. Si kecik pun dah nanges nak tidur tu. In Sha Allah nira sambung membelog esok pulak ye. Terima kasih sebab sudi jengah dalam belog nira ni. Moga apa yang di sharekan bermanfaat buat semua! Good Nite!

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016