Sunday, 16 August 2015

BoNGkAR RaHsiA TeLuR

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Lambat sikit boleh hapdet entri hari ni,bukan apa..dah start kerja. Bisa pagi-pagi dah ada satu entri..ni malam baru ada. Tapi takpela,curi-curi masa untuk hapdet. Ni pun tengah gigih siapkan entri ketiga,naadim dah start nanges. Mujur mak mertua tolong tengok-tengokkan. Tu asben pulak tolong jaga. Ummi nak siapkan entri terakhir untuk hari ini.

Kalau sebelum ni,kita tahu telur ni boleh masak,ofkoslah kan..selain tu buat masker. Ni nira bongkarkan apa lagi manfaat yang boleh kita buat dengan sebiji telur. Info ni ada yang nira dapat daripada pakcik google. Moga bermanfaat yek.



Telur boleh jadi sesuatu menu penting dalam diet manusia dari segi imuniti dan kesihatan. Selain sedap dan sajian paling murah, telur boleh dijadikan hiasan rumah dan salah satu produk kecantikan paling berkesan. Buktinya boleh lihat dari info ini...
 
 

1. Kotoran kopi

Begitu berkesan apabila ada kopi tertumpah di atas permaidani mahal, anda boleh gosokkan sebiji kuning telur dipukul ke tempat kotoran dan biarkan selama lima minit. Bilas dengan air suam. 
 
 

2. Kilatkan barangan kulit

Barangan kulit kena rajin kilatkan kalau nak nampak lagi mahal. Caranya pukul dua putih telur dan guna span lembut untuk sapu pada kulit. Biarkan putih telur di kawasan kira-kira 3-5 minit dan kemudian lap dengan kain yang direndam dalam air suam. Kemudian keringkan barang kulit tadi dan buang segala sisa lebih di atasnya.
 
 

3. Kesan terbakar kulit

Putih telur membantu menyembuhkan luka terbakar tanpa meninggalkan parut. Sapukan putih telur pada kulit yang terjejas dan tengok hasilnya sendiri, cukup berkesan.
 
 

4. Cantikkan kulit muka

Tak perlu habiskan duit semata mendapatkan rawatan spa kerana anda boleh menggunakan telur untuk kecantikkan kulit di rumah. 
 
 
Asingkan telur, ambil putih telur untuk sapu di muka. Jika kulit anda jenis berminyak, campurkan putih telur dengan lemon atau madu. 
 
 
Jika anda mempunyai kulit biasa, gunakan sebiji telur untuk kulit lebih bersih dan cantik. Tetapi pastikan telur dipukul dan barulah sapu di muka, biarkan selama 30 minit. Bilas untuk mendapatkan wajah yang segar. Adakah anda tahu masker putih telur boleh tutup liang roma yang terbuka di kulit?
 
 

5. Lebatkan kening

Untuk mendapatkan kening yang lebat, guna kuning telur dan celup kapas di dalamnya untuk sapu di kening anda. Selepas 15-20 minit, basuh dengan air sejuk. Khasiat telur memberikan kesan bagus untuk meningkatkan pertumbuhan folikel rambut. 
 
 

6. Mengecutkan liang roma muka

Untuk mengatasi masalah ini, masukkan 1 biji putih telur, 1 sudu besar jus lemon, 2 sudu makan oatmeal, dan 1 biji tomato yang dicincang ke dalam pengisar untuk buat pes. Sapu di kulit wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas menggunakan air suam untuk mendapatkan kesan terbaik.
 
 

7. Rambut kaum wanita lebih cantik 

Guna 2 biji telur dan asingkan kuning telur daripada putih (meletakkan kuning secara berasingan dalam mangkuk). Masukkan minyak zaitun dan kacau dengan baik. Sapukan perapi ini pada rambut kering anda, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut. Biarkan selama 10 minit dan kemudian syampu rambut anda.
 
 

8. Rawatan kuku

Rendam kuku anda dalam kuning telur. Ini akan membantu anda mendapat manfaat daripada-vitamin B (Biotin), yang sangat bagus untuk kuku, kulit dan rambut. Malah menjadikan kulit tangan anda kelihatan lebih sihat.

Okay,done entri ketiga. SELAMAT MALAM!

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋




♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016