Monday, 10 August 2015

Bila dah obsesssss..

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Lambat pulak boleh update entry ketiga malam ni..Bukan apa,tadi lepas berbuka terus solat,kemudian si kecik nanges-nanges pulak nak tidur. Siang tadi dia taknak tidur,entah kenapa. Dengan ummi-ummi dia tak dapat rehat. Huhhuuu. Jadi,masa menyusukan dia,dengan ummi-ummi tertidur. Kihkihkih. Nih pun tersedar sebab belum solat isyak,rasanya kalau dah solat isyak confirm tidur sampai pagi..wakakkakakaaa..

Rasanya semua masih lagi dalam mood raya kan? Minggu ni,minggu terakhir kita sambut syawal. Open house sana-sini mesti banyak. Makanan pun confirm super duper best! Sebenarnya tak planning pun nak buat kek coklat hari,tapi tetiba anak tekak ni terasa nak makan. Tambahan pulak barang-barang ada je tersedia kat dapur. Eh,kenapa pulak boleh tiba-tiba nak makan? Ok,sejujurnya jeles tengok upline up gambar kek coklat yang moist. Gila kau,kek coklat tu feveret aku.. Memang pantang tengok orang up,terus mengada nak buat. Maklumlah,kita jauh,tak boleh nak merasa kek upline buat semalam sempena open house dan bacaan doa selamat untuk bisness shaklee. Upline nira tu dah jadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE.. Alhamdulillah. Nira harap dapat follow dia. Orangnya sangat hebat pada mata nira. Yang tak lokek ilmu,yang selalu jugak bebel-bebel kat nira. Huhuhuhu. Takpela,tak kisah sebab bebel tanda sayang..kan..kan...kannn..

Sebenarnya nira memang obses gila dengan kek coklat ni. Feveret tu. Hurm,naufal pun suka tau. Belum siap topping dah nyanyi-nyanyi happy besday to you (bahasa jerman+ongputih). Bahasa ni nira dengan mak mertua je paham. Hahahhaaa.. Entah berapa kali buat kek coklat nih,walau tak jadik memang nira tak putus asa.. dan dah berapa kali jugak buang sbb keras.. Myb ada yang cakap,alaaaaa,senang je tu nak buat. Ye,memang senang..tapi nira jenis "tangan tak berseni"..memang susah nak jadik..wakakkaaaa. 

Tapi,macam nira cakap,bila dah obses semua jalan. jadik ke tak,letak belakang. Yang paling penting usaha dulu. Kalau tak jadik lagi,kita buat lagik,sampai jadikkkk! Kehkehkeheeee..

Ni nira saja je nak share resipi yang nira buat. Nira dapat resipi ni daripada kawan. Tapi kannnnn,mak mertua nira cakap yang ni paling best berabnding yang dulu-dulu. Kembang semangkuk jap hidung nira nih..hiks!

RESIPI KEK COKLAT MOIST

2 cawan tepung gandum - nira guna yang bluekey,jadi nira dah tak taruk serbuk penaik ke apa..
1 cawan gula - boleh kurangkan kalo tak suka manis.
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1 cawan susu pekat.
4 biji telur.

CARA-CARA

Pukul telur sampai kembang. Kemudian masukkan gula hingga hancur. Bila semua dah okay masukkan bahan yang selebihnya tu. Nira pukul dalam 15-20 minit. Lepas tu tapis adunan dan letak dalam loyang.

Pastikan air betul-betul panas untuk mengukus. Api tu,agak-agaklah ye. hehheee. Jangan lupa tutup tudung,nanti air menitik. Kukus 1jam hingga 1jam 30 minit. Ops! Jangan pulak kejap-kejap buka tudung tu yek,nanti merajuk kek tak nak naik pulak.

untuk topping pulak nira gunakan
setengah cawan serbuk koko
setengah cawan susu pekat
1 sudu makan minyak masak.
kacau perlahan. Guna kaedah double boiler.

Okay,taraaaaaa.. ni lah hasilnyaaa! Sedap youuuu..hahhahaa..puji hasil sendiri. Ye la kan,kalau tak puji sape nak tolong puji..


ni yang naufal.. dia rasmikan duluu tadi.. siap pesan,ummi jangan makan tau.. sebab nak pergi dapur.. alahai anakkkkk..

Okaylah,tu e untuk entri malam ni. Heeee,Selamat Malam..nira nak pergi ngap kek coklat ni jap! Kang esok kempunan nak makan,esok masih puasa enam..huhuhu.. lambat start kan,lambat lah habis.

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016