Friday, 7 August 2015

ARGHHHHHHH,,,TOLONG! Kulit saya "SUNBURN"....

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Semalam pergi pantai dengan kawan-kawan. Cuaca semalam tak panas sangat sebab lepas hujan. Sejuk je. Anak-anak pun bagus. Naufal je tak dengar ummi larang dia.. huhuuuhu.. Sabar je la dengan karenah anak-anak. Alhamdulillah sejak amalkan Vitamin Shaklee,kulit nira takdela "sunburn" terlampau sangat. Heeee.. =)

Kita belanja satu gambar kitaorang ke pantai semalam ya :))



Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet yang melampau atau berlebihan yang mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigmen pelindungan kulit iaitu melanin. Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu terutamanya pada sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang yang membahayakn iaitu sinaran ultraviolet.

Gelombang ini memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit dan membakar kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit. Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat,pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.

LANGKAH AWAL MENGELAK SUNBURN

Jom nira kongsikan beberapa langkah awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan sunburn.

1. Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk perlindungan yang maksimum.

2. Jika sering memandu ketika panas,gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi mula muncul.

3. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan gunakan pakaian bewarna gelap.

4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai,pakailah topi atau payung.

5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah katarak.

6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.

MAKANAN TERBAIK KAWAL SUNBURN

1. Minum air untuk mengelakkan dehidrasi.

2. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran bewarna jingga serta sayur-sayuranberdaun hijau tua untuk membekalkan beta karoten dan vitamin C.

3. Kacang untuk membekalkan vitamin E dan zink.

4. Bijiran dan ikan untuk membekalkan vitamin B.

RAWATAN SEMULA JADI SUNBURN


  • MAYONIS - selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari,sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.Tambahan,mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit akan menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

  • TEMBIKAI - untuk pengetahuan anda,tembikai boleh menyejukkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah anda yang sudah dibersihkan,lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.

  • DAUN LIDAH BUAYA - ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlaha, Amalkan tiap hari. Pasti akan nampak kesannya!.

  • MASKER TIMUN & SUSU TEPUNG - ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Kemudian campurkan 2 sudu susu tepung. Setelah campuran ni likat,sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.

  • TOMATO - cuci bersih tomato yang hendak digunakan. Kemudian belah dua. Gosokkann tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering di muka dan selepas 10 minit cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai agen penyejukan sendiri.
haaa,sekian sahaja untuk entri kali ni. Moga ianya membantu merawat "sunburn" anda. Hope it's helps! Jumpa lagi next entry. In Sha Allah.


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋





♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016