Sebelum ni nira tak suka kan tomato,mungkin rasanya yang macam tu kotttt.. macam mana pun tak boleh nak explai. Tapi,tu dulu laaa..before kahwin. Tapi lepas kahwin dan masa tu dah masuk umur 20 an dah tahu sikit-sikit kebaikan tomato terutama dalam kecantikan nira try lah makan. Mula-mula makan tu rasa loya,nak muntah semua ada. Tapi,biasakan lidah dan sekarang dah boleh makan tomato mentah. Best rupanya kalo kita hayati dengan penuh nikmat. Haaaaa,gituu!~~ 

Jom tengok apa kebaikan tomato. Mana la tahu lepas ni daripada yang tak suka tomato,korang jadi penggemar pulak ke.. Sape sangka weyh? ~~ :))



Kebaikan Tomato

Sebiji tomato bersaiz sederhana (kira-kira 123 gram) membekalkan 22 kalori, 0 gram lemak, 5 gram karbohidrat (1 gram serat dan 3 gram gula) serta 1 gram protein. Tomato adalah sumber terbaik untuk vitamin A dan asid folik. Antara nutrien dan antioksidan yang ada pada tomato termasuklah asid alfa lipoik, lycopenecholine, asid folik, betakaroten dan lutein.

Asid alfa lipoik membantu tubuh menukarkan glukos kepada tenaga. Ada kajian memberitahu asid ini juga bagus untuk membantu mengawal glukos darah. Lycopene pula adalah antioksidan yang memberikan warna merah pada tomato. Tomato mengandungi kira-kira 80 peratus lycopene.

Choline pula adalah nutrisi terbaik yang ada pada tomato. Ia membantu untuk tidur, pergerakan otot, belajar dan memori. Bahkan choline juga membantu mengekalkan struktur membran selular

Dengan tomato ni macam-macam korang boleh buat,antaranya :
  1. jus tomato 
  2. pekatan tomato.
  3. sasa tomato.
  4. salad tomato.
  5. tomato bakar.
  6. sos tomato.
  7. sup tomato.
  8. tomato kering.
tengok! Dengan sebijik tomato semua boleh buat. Kalori pun tak banyak. Sesuai tau untuk yang nak diet nih. Bukan diet je,kulit pun cantik ~~.

okaylah,kes mata tak leh lelap lah nira share pasal tomato..ni nak tidur dah..esok kerja. Kang tersengguk-sengguk tempat kerja. Bye-bye. Assalamualaikum!



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah ♛❋


Facebook : NIRA NAZRI
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426
Email : umizanaura@rocketmail.com

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋

Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

♛❋♛❋♛❋♛❋♛❋