Monday, 2 March 2015

Urat Timbul Jejas Keindahan Kaki

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Urat timbul tidak hanya berlaku kepada wanita hamil sahaj malah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi mencacatkan penampilan kaki...tak gitu??

pengedar sah shaklee bAchok

Jangan ambil mudah soal ini,atasi segera masalah urat kaki timbul. Kenali punca dan amalkan tip berikut untuk mengurangkan masalah ini seterusnya menghilangkan urat kaki.

PUNCA

  • Duduk atau berdiri terlalu lama menyebabkan otot dan urat menjadi tegang.
  • Pertambahan berat badan.
  • Faktor usia menyumbang kepada masalah urat timbul.
  • Keturunan.
  • Kehamilan.
TIP

Tinggikan kedudukan kaki

Ketika tidur pada waktu malam,tinggikan kedudukan kaki. Lapik kaki dengan bantal,ia bukan sahaja memberi keselesaan malah membantu melancarkan perjalanan darah.

Rendam dalam air suam

Rendam kaki dalam baldi atau besen yang mengandungi air suam. Campurkan air suam dengan garam bukit untuk mendapatkan kesan yang baik. Rendam kaki selama 15 minit hingga 20 minit. Air rendaman dapat membantu merehatkan kaki yang letih,membuang toksin,meredakan tekanan dan membantu melancarkan perjalanan darah.

Gunakan stoking khas

Gunakan stoking khas ketika tidur pada waktu malam atau berada di dalam bilik penghawa dingin. bagi melindungi kaki dan mengelakkan kesejukan. Stoking juga dapat mengelakkan angin memasuki tubuh. Tapi,jangan pakai stoking terlalu ketat.

Makan vitamin C

Ambil Vitamin C sebagai suplemen harian anda. Vitamin C dikatakan amat mujarab mengatasi masalah urat timbul. 

Lakukan senaman ringan

Lakukan senaman ringan seperti regangan baik anda berada dalam keadaan duduk mahupun berdiri. Ia dapat mengelakkan darah beku,lenguh dan kekejangan otot. Senaman juga dapat menyihatkan badan.

Elakkan pakai kasut tumit tinggi

Memakai kasut tumit tinggi jangka masa lama akan menyebabkan urat di kaki tegang dan timbul. Tumit kasut yang halus memberi bebanan kepada kaki untuk menampung berat badan. Akibatnya,kaki menjadi tegang dan urat mudah timbul.



Sapu minyak panas

Sebelum tidur malam,sapukan minyak panas atau herba pada bahagian kaki yang sakit atau urat timbul. Kombinasi herba akan membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.

Petua tradisional

Belah bawang putih kepada dua bahagian kemudian,gosok perlahan-lahan pada urat yang timbul. Amalkan sehingga urat timbul akan beransur pulih. Tempek bahagian bermasalah dengan air asam jawa juga dapat atasi masalah tersebut.

Lakukan urutan

Urutan dapat membantu mengatasi masalah urat kaki timbul. Lakukan urutan refleksologi dengan tukang urut profesional. Amalkan sebulan sekali,confirm hasilnya anda gembira!

okay,hope it helps~~~ heheheee....



♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡♡



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
WeChat ID : nira270890
Instagram : @ANIRA_MUSTAPHA
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016