Saturday, 7 March 2015

Rahsia Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

pengedar sah shaklee bachok


Baru saya faham sepenuhnya bagaimana Surah Al-Kahfi boleh jadi pelindung kita semua.
Tadabbur dan fahami mesej di sebalik 4 kisah di dalam surah ini adalah caraterbaik bagi mengingati diri.
Pn. Lina dalam perkongsiannya baru-baru ini ada berkongsi bagaimana anakandanya Darwisya sangat terlindung dari gejala 'bahasa kotor' rakan sekolahnya dahulu.
Mari kita mula amalkan, dan ajak anak kita dan kita sekali menghafaznya.
Kemudian bila anak dah besar, fahami dan jadikan ia sebagai survival kit dalam mengharungi dunia kini dan hadapan yang amat amat mencabar.
.............................
'Kenapa kena baca Al-Kahfi hari jumaat ya?'
'Katanya ada kaitan dengan dajjal. Dah guane gitu?'
Kalau kita perhati betul-betul. Surah Al-Kahfi ini ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:
Kisah Ashabul Kahfi
Kisah 2 Empunya Kebun
Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
Kisah Dzulkarnain
Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.
DUGAANNYA
Dugaan Akidah
Dugaan Kekayaan dan Pengikut
Dugaan Ilmu Pengetahuan
Dugaan Dzulkarnain
Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal
Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH
Dugaan AKIDAH - Dajjal akan cuba menyesatkan kits dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.
Survival kit dari kisah Ashabul kahfi :
Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)
Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI
Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.
Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)
Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN
Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.
Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)
Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA
Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.
Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.
Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)
Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.
Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.
Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
Selamat membaca dan tadabbur Al-Kahfi.



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
WeChat ID : nira270890
Instagram : @ANIRA_MUSTAPHA
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016