Thursday, 12 March 2015

Penyakit Ulser Usus dan Gastrik

Assalamualaikum dan Salam Sayang 




Penyakit Ulser peptic atau luka kecil yang terjadi di bahagian sistem penghadaman badan di bahagian duodenum adalah dikenali sebagai Duodenal Ulcer sementara ulser di bahagian perut dikenali sebagai Gastric Ulcer.

Punca Penyakit
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.

Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

Faktor yang mempengaruhi penyakit ini
Berdasarkan kajian, antara faktor-faktor  yang mempengaruhi penyakit ini ialah:
  • Pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
  •  Warga berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain. 
  • Penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome 
  • Perkara-perkara yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku. 
  • Orang yang berdarah jenis A. 
  • Pengambilan kafein dan alkohol berlebihan. 
  • Perokok. 
  • Cara pemakanan yang tidak terurus. 
  • Stress atau tekanan secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

Tanda-tanda
Pada kebiasaannya, pesakit akan mengalami salah satu atau lebit dari tanda-tanda berikut:
  • Sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut 
  • Rasa pening kepala. 
  • Mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap. 
  • Muntah. 
  • Badan rasa lemah dan lesu. 
  • Berat badan yang menurun. 
  • Mengeluarkan najis yang kehitaman atau gelap kerana ia  bersebati dengan darah.

Langkah-langkah yang boleh mengurangkan kesan
Sekiranya anda mengalami masalah-masalah di atas, lakukan langkah-langkah di bawah bagi mengurangkan kesan penyakit ulser perut ini:
  • Makan dengan lebih kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong. 
  • Ambil lebih rehat. 
  • Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser seperti perkara di atas. 
  • Tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli. Sulfur dapat membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut. 
  • Ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut. 
  • Tambahkan zat galian Zink di dalam menu pemakanan untuk proses penyembuhan. 
  • Pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.
Apakah yang disyorkan dengan Produk Shaklee?

1) ESP 
Penting dalam pemulihan. ESP membekalkan protein yang diperbuat dari kacang soya yang memang di ketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu,ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang rosak.



2) Peppermint Ginger Plus
Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina,halia,jintan (fennal),dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik.,loya,penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan gastri,pedih ulu hati dan cirit-birit.

3) Alfafa Complex
Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patalogi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung,ulser gastrik,hepatits dan sembelit.


pengedar sah shaklee bachok


♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡♡



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
WeChat ID : nira270890
Instagram : @ANIRA_MUSTAPHA
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016