Tuesday, 17 February 2015

Shaklee Bachok : Jaundis...apa perlu anda tahu?

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Setiap kali Naadim kena amik darah,setiap kali tu dia nanges. Dan setiap kali tu jugak ummi menangis. Memang tak sanggup nak dengar dia nanges kesakitan. Ingat lagi,masa tu dia di tempatkan dalam bilik baby,masa tu berpantang hari ke 10 @ 11..bila je dengar terus pergi ambil..sampai misi cakap "kalau mama ambil dia selalu,lambat kuning dia akan turun". Namun,ibu mana yang tahan dengar anak nanges. Kalau nira,memang nira tak sanggup.. hehehee

Jaundice sering disalah erti sebagai deman kuning. Sedangkan ia tidak melibatkan deman. Ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tubuh bayi berwarna kuning.


Naadim

Masa kini kerap kali kedengaran bayi baru lahir disahkan menghidap jaundis. Para ibu bapa perlu ambil perhatian. Hal ini tidak seharusnya menimbulkan kegusaran di hati anda. Perlu anda tahu bahawa jaundis terjadi kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilibirun daripada tubuh.

Oleh sebab itulah semua bayi berisiko untuk mengalami jaundis. Ia boleh terjadi kepada semua bayi. Tidak kira sama ada yang dilahirkan cukup bulan apatah lagi bayi-bayi yang dilahirkan pramatang. Anda perlu tahu bahawa biarpun bayi yang dilahirkan cukup bulan,belum tentu hatinya benar-benar matang. Selain daripada masalah hati tidak matang,jaundis turut boleh berlaku apabila si ibu tidak menyusukan bayi dengan secukupnya.

Sehubungan itu,perlu anda fahami bahawa jaundis berlaku kerana disebabkan bahan dalam badannya yang dikenali sebagai bilibirun. Ia dihasilkan daripada proses pemecahan sel darah merah. Bilibirun sepatutnya dikumuhkan oleh limfa tetapi disebabkan limfa bayi tidak matang,jadi ia tidak mampu dikumuhkan dalam tempoh yang cepat. Dalam masa yang sama,ada juga sebahagian kecil bilibirun dikeluarkan melalui usus.

Jaundis terdiri daripada dua jenis. Salah satunya ialah physiological jaundis. Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas di lahirkan. Seperti dinyatakan sebelum ini,ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selalunya akan bermula selepas tempoh 24 jam kelahiran. Manakala satu lagi jaundis berlaku sebelum bayi berumur sehari. Hal ini disebakan oleh beberapa faktor yang lainnya. Walau bagaimanapun,jaundis amat jarang sekali berlaku di negara kita. 

Selepas 24 jam bayi dilahirkan,jaundis akan berlaku. Pada hari ketiga hingga kelima,parasnya akan meningkat naik. Namun,pada hari keenam dan ketujuh ia akan menurun. Jika situasi ini yang berlaku kepada bayi anda,maka keadaan ini diandaikan sebagai normal ataupun jaundisnya sedikit.

Walau bagaimanapun,jika jaundis berlanjutan selepas tempoh seminggu,masalah ini akan di panggil sebagai prolong jaundice. Sekiranya tahap jaundis yang berjaya di kesan oleh doktor berada pada tahap yanh tinggi,maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilibirun dengan lebih baik.

Lazimnya,janundis bermula daripada bahagian atas anggota tubuh bayi dan turun ke bahagian bawah tubuh. Sekiranya warna kekuningan dapat di kesan ada di bahagian dada,ia menunjukkan bahawa paras jaundis adalah tinggi iaitu sekitar 200 mikromil/l. Oleh yang demikian,bayi perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Jika jaundise berjaya dikesan di bahagian perut dan paha pula,ia petanda jaundis adaah sangat tinggi dan bayi perlu segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Penyebab lain jaundis

Ada banyak sebab lain untuk bayi baru lahir mengalami kuning. Antara penyebab lain berkenaan ialah :

  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep atau vakum.
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis).
  • Jangkitan virus seperti rubela atau toxoplasma.
  • Tidak serasi dengan darah ibu (coombs positive).
  • Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism).
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia,dubin johnson).
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah di kenalpasti negetif).
Nyenyak tidur petanda tidak baik

Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan. Namun,bayi yang mengalami jaundis tidak elok di biarkan tidur terlalu lena. Keadaan ini akan merangsang bilibirum meningkat lebih tinggi.

Apabila terlalu kerap tidur,dia kurang menyusu. Oleh yang demikian,sebaik-baiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin iaitu dua ke tiga jam sekali. Kekerapan bayi menyusu dengan baik akan menggalakkan pergerakan usus dengan baik dan menyebabkan bilirubin dapat di keluarkan daripada tubuh menerusi najis. Jadi,pastikan bayi menyusu 8 hingga 12 kali sehari.

Ketahui maklumat mengenai tentang jaundis berpanjangan.

Anak kedua nira terkena jaundis yang berpanjangan. Alhamdulillah kesemua ujian darah dan urin test negetif. Semua dalam keadaan baik. Memang sepanjang dia terkena jaundis berpanjangan,segala ikhtiar telah dilakukan. Ikut je apa yang orang suruh buat. 

Alhamdulillah hari ni last checkup di Hospital. Dan kuning berpanjangan dia berakhir pada hari ke 76. Syukur ya Allah.


Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) sekiranya keadaan kekuningan berpanjangan melebihi 14 hari bayi bagi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang. Keadaan ini berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :

1. Menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini di kenali sebagai breast milk jaundice. Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahayakan pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisionla seperti jamu dan sebagainya.

2. Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat.

3. Kekurangan hormon ataupun masalah kalenjar tiroid.

4. Berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing.

5. Organ hati yang mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia,neonatal hepatitis dan choledochal cyts.

Kebiasaannya,bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat ketika lahir dan perkembangannya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing keputusannya adalah normal,maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.

Jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi bewarna kuning pucat atau air kencing bewarna gelap,keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan selanjutnya sekira bayi mempunyai masalah seperti di atas khuatiri mempunyai masalah lain daripada jaundis. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya :

  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD.
  • Bayi kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.
Amalan yang boleh dilakukan ketika hamil agar tidak mengalami jaundis berpanjangan.
  • Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.
  • Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
  • Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.
  • Amalkan minum jus pegaga.
  • Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
  • Jangan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
  • Amalkan pemakanan sihat.
  • Baca ayat al-quran dan banyakkan berdoa.
  • Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.
Kaitan jaundis dan darah ibu

Terdapat dua jenis darah utama iaitu sistem darah ABO dan sistem darah Rhesus. Dalam sistem darah ABO, darah terbahagi kepada dua kumpulan O,A,B dan AB. Dalam sistem darah Rhesus pula,darah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rhesus negetif atau Rhesus positif.

Masalah jaundis dalam kalangan bayi boleh berlaku disebabkan oleh ketidakserasian sistem darah berkenaan di antara ibu dan bayi yang dikandunginya. Masalah ketidakserasian ini boleh menyebabkan sel-sel darah bayi rosak dan proses kerosakan ini dikenali sebagai hemolysis. Sel-sel darah yang mengalamai hemolysis akan menghasilkan bahan yang bernama bilirubin yang menyebabkan bayi mengalami kuning.

Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan ketidakserasian dalam darah ABO boleh menyebabkan jaundis namun kebiasaannya ia tidaklah sehingga mencapai tahap serius. Lain pula halnya jika berlaku ketidakserasian dalam sistem darah Rhesus.

Bagi ibu yang mempunyai Rhesus negetif manakala bayi mempunyai Rhesus positif ,masalah hemolysis boleh terjadi. Jika hal ini berlaku,ia boleh menyebabkan bayi terkena jaundis teruk. Oleh kerana ini,wanita mengandung yang mempunyai kumpulan darah Rhesus negetif digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan antenatal dengan doktor pakar sepanjang kehamilan supaya masalah ini boleh dipantau daripada awal lagi.

Apabila tali pusat bayi dipotong sebaik sahaja dia berjaya dikeluarkan,selalunya akan berlaku percampuran darah ibu dan bayi. Bagi ibu yang berdarah O,darahnya akan memasuki ke saluran darah bayi yang mungkin memiliki darah A atau B. Masalah ketidakserasian darah ini akan menyebabkan antibodi tubuh bayi menentang kehadiran darah O menyebabkan lebih banyak sel darah merah pecah. Keadaan ini turut menyebabkan hati yang masih tidak matang itu tidak mampu mengeluarkan bilirubin dengan baik dan menyebabkan paras jaundis menjadi lebih tinggi.

Risiko terhadap bayi

Jaundis biasanya tidak memudaratkan,namun anda jangan ambil mudah kerana jaundis yang teruk jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko.

Jaundis sangat berbahaya sekiranya bayi itu menghidap jaundis yang teruk dan kesannya boleh dilihat dalam proses perkembangan fizikal dan mental anak tersebut di masa akan datang.

Juga,masalah ini boleh menjadikan bayi pekak serta memungkinkan kerosakan otak yang akan menjejaskan kesihatan bayi tersebut. Jaundis terjadi disebabkan sel darah merah yang abnormal,kekurangan G6PD mengakibatkan paras bilirubin menjadi sangat tinggi di dalam darah..

Jika jaundis sangat tinggi,bilirubin boleh pergi ke otak dan jaundis boleh melekat di otak yang menyebabkan keadaan kernicterus yang akan menjadi faktor kepada berlakunya kecacatan otak dan fizikal bayi.

INFO : Elakkan daripada memberi bayi cecair! Ini termasuklah perahan sengkuang cina,anggur hitam dan sebagainya. Perlu diingatkan hanya dua peratus bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis, Jika bayi diberi air,ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.

Fototerapi satu-satunya rawatan atasi jaundis.

Bayi yang dibawa ke hospital akan diberi rawatan di bawah sinar cahaya atau lebih di kenali sebagai rawatan fototerapi selama beberapa hari hingga kadar bacaan bilirubin turun ke paras selamat.

Perlu anda maklum bahawa rawatan fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin daripada tidak berkonjugat kepada struktur yang lebih senang dikumuh di hati dan disingkirkan melalui najis yang dibuang oleh bayi.

Amalan menjemur bayi di bawah sinaran matahari yang sering di lakukan oleh masyarakat kita sebenarnya bukan rawatan yang tepat untuk mengatasi masalah ini. Bahkan lapisan ozon yang semakin menipis boleh menjejaskan kesihatan bayi akibat terkena sinaran UV yang tidak sihat.

" Jemur bayi di bawah cahaya matahari hanya akan menyebabkan bayi kehilangan air di dalam tubuhnya. Maka,kuning itu bukannya akan menurun sebaliknya kuning itu akan menjadi lebih tinggi". - Dr Roliza

Sekiranya fototerapi tidak berkesan dan tahap bilirubin semakin meningkat,rawatan pertukaran darah akan dilakukan. Jika bayi melepasi tahap bahaya iiatu 340 mmol/L dan keadaannya semakin lemah,para doktor biasanya akan mengambil keputusan melakukan rawatan pertukaran darah. Tapi,kes ini jarang berlaku.

Penyusuan susu ibu harus di teruskan kerana ia dapat membantu menurunkan kadar kekuningan bayi.

♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016