Saturday, 28 February 2015

KEBAS

Assalamualaikum dan Salam Sayang 



Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation).
Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.
Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;
  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok danhypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
Tindakan Kendiri
  • Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
  • Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
    • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
    • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.
  • Dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor sekiranya  keadaan kebas yang anda alami bertambah teruk, melibatkan kedua-dua bahagian badan, terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.
Diagnosa / Rawatan Kebas
  • Doktor akan menemuduga, membuat pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian- ujian mengikut keperluan bagi membantu dalam membuat diagnosa.
  • Rasa kebas boleh hilang atau sekurang-kurangnya boleh dihalang untuk menjadi bertambah teruk setelah menerima rawatan khusus untuk penyakit yang menyebabkan rasa kebas terjadi.
  • Kebas yang merebak secara mendadak perlu mendapat perhatian doktor
  • Kebas yang diikuti dengan lemah anggota atau lumpuh hendaklah dirawat oleh doktor dengan segera
Anda boleh juga mencuba OSTEMATRIX




♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡♡



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
WeChat ID : nira270890
Instagram : @ANIRA_MUSTAPHA
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016