Thursday, 26 February 2015

Awasi anak anda,bahaya HFMD

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Mama pasti pernah mendengar penyakit tangan,kaki dan mulut (hfmd) ini. Malahan kes ini pernah dilaporkan berlaku di beberapa negeri dan kebanyakannya berlaku dipusat jagaan kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus),sejenis virus yang biasanya terdapat dalam usus. Demannya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dna lebih dari 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 31 kana-kanak di Sarawak pada tahun 1997.

GOLONGAN BERISIKO

  • biasanya menjangkiti kanak-kanak dibawah umur lima tahun,di mana kanak-kanak tersebut mempunyai imuniti yang rendah.
  • akan meningkat jika dia berada dipusat jagaan kanak-kanak atau tadika dan tempat tersebut biasanya sesak dan mempunyai kanak-kanak yang ramai.
  • boleh menjangkiti orang dewasa yang mempunyai sistem daya tubuh yang rendah.
JANGKITAN MELALUI
  • berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik.
  • berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
  • berjangkit secara langsung dengan pesakit melalui najis,air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Malah ia paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan,tetapi ia tidak boleh merebak kepada binatang.
TANDA-TANDA
  • deman panas berkemungkinann mencapai sehingga 39 drajah celcius.
  • cerewet
  • sering menangis
  • air liur meleleh
  • tidak berselera makan dan minum
  • sakit kerongkong
  • lepuh ditekak,tapak tangan,tapak kaki dan sekitar lampin
  • tonsil
  • sakit kepala
TEMPOH PENGERAMAN

Selepas seseorang itu dijangkiti kuman,virus ini akan mengeram antara dua hingga enam hari. Gejala seperti deman atau ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut pula akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan,kaki hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

KOMPLIKASI

Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi oleh kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum. Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf,otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otot jantung (miokarditis). Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan deman panas. Kesemua komplikasi ini snagat bahaya dan boleh membawa maut.

DIAGNOSIS

Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal,melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.

PROGNOSIS

Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan smebuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya,sehingga hari ini kita tidka boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian. Hubungi doktor sekiranya :
  • anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam.
  • anak anda kelihatan kusut,mengantuk,pucat atau berbelak-belak,resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin.
  • deman lebih tiga hari.
  • sakit mulut semakin teruk.
  • anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Dapatkan rawatan doktor dengan segera,jika anak anda mengalami simpton seperti di atas. 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
  • elakkan membawa anak ke tempat awam seperti pasar raya,pusat membeli-belah,kolam renang awam,pusat  penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
  • basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum atau selepas ke tanda.
  • permukaan yang tercemar hendaklah dibasmi dengan menggunakan pencuci. (BASIC H).
  • basuh pakaian yang terkena kotoran dengan segera.
  • elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD.
  • jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi,berus gigi,pakaian dan sebagainya.
JIKA ANAK DISERANG HFMD
  • elakkan daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
  • pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.
  • kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak,sekolah atau aktivi berkumpulan yang lain.
  • berikan rawatan di rumah utnuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD,tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki,segera dapatkan rawatan doktor.
  • jika deman anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat,segera berjumpa doktor semula.
  • jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering,turun berat badan,meragam,keletihan,kurang air kencing atau air kencing bewarna gelap),segera berjumpa doktor.
Kawasan di Malaysia yang memounyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar,tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawta sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

Nira doakan,semoga anak kita semua dilindungi olehNYA daripada penyakit yang berbahaya. InsyaALLAH dengan izinNYA. :))

Nak tepek gambar Aisy Naadim kat sini.. hehhehe ;))

PENGEDAR SHAKLEE BACHOK



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
WeChat ID : nira270890
Instagram : @ANIRA_MUSTAPHA
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016