Thursday, 29 January 2015

Khasiat Serai Bantu Penghadaman

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡

Serai,sejenis tumbuhan yang cukup popular di seluruh dunia. Jika sebelum ini ia banyak digunakan dalam masakan namun khasiat yang terdapat di dalamnya memang tidak boleh dinafikan lagi.


Serai dikategorikan sebagai rumput tropika yang tumbun merimbun,batang dan daunnya yang segar mengeluarkan bauan segar seperti lemon. Boleh dikatakan keseluruhan bahagian serai daun,batang,akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan ubatan.

Kegunaan Dalam Masakan

Di Malaysia,Sri Lanka dan India,serai adalah bahan wajib yang kerap digunakan terutamanya dalam masakan kari,gulai lemak,makanan laut juga sayur-sayuran. Di Thailand dan Sri Lanka pula mengekploitasikan kombinasi masakan bersantan dan serai agar lebih diterima serta digemari. Batang serai pula boleh di campurkan ke dalam teh atau dijadikan jeruk selain dicampurkan ke dalam bahan perapan.

Kegunaan Dalam Kesihatan

Serai juga dianggap sebagai diuretik,bahan tonik dan perangsang. Ia turut berfungsi untuk menggalakkan penghadaman yang baik. Kaedah mencampurkan serai dan lada dikatakan berkesan untuk mengurangkan rasa loya dan masalah haid.

Apabila peluh banyak dikeluarkan maka secara tidak langsung tubuh akan merasa sejuk seterusnya mengurangkan deman. Serai juga terkenal sebagai bahan penghalau serangga sementara pati minyaknya pula mampu menghasilkan minyak wangi.

Antara manfaat serai terhadap kesihatan adalah :

  • membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan pencernaan seperti senak,hilang selera makan,angin,kembung perut dan gastroenteritis.
  • merangsang peredaran darah sekaligus merendahkan tekanannya.
  • merendahkan paras kolestrol LDL dalam darah.
  • merupakan salah satu remedi herba yang boleh digunakan untuk mengurangkan deman. Serai juga mampu merawat masalah batuk,selsema dan bronkitis.
  • herba serai boleh digunakan untuk melegakan tekanan,ketakutan,kebimbangan,kegelisahan dan lain-lain.
  • juga mampu mencegah masalah radang kulit,membantu menghilangkan radang bintik,jerawat,meredakan ekzema, dan dermatitis.
atau anda boleh juga mengambil peppermint ginger plus untuk menyelesaikan masalah penghadaman anda.



♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡♡



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016